Harian Metro

Lepas 1.13 juta benih udang galah

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Jabatan Perikanan (DOF) mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya melepaskan lebih 1.13 juta benih udang galah ke perairan Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan.

Ia sekali gus mencatat sejarah baru dalam usaha pemulihara­an sumber perikanan negara.

Program pelepasan benih ini dijayakan DOF Negeri Sembilan dengan kerjasama syarikat Tanjung Utara iaitu sebuah pusat penetasan benih udang galah swasta yang beroperasi di Pasir Panjang, Port Dickson.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan berkata, syarikat terbabit menyumbang 1 juta benih udang galah bernilai RM120,000 sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk meningkatk­an sumber perikanan di perairan sungai.

Beliau berkata, program pelepasan benih ikan dan udang ini antara program tahunan DOF bagi memastikan kemakmuran dan kelestaria­n sumber perikanan negara dapat dinikmati generasi akan datang.

“Ia bagi menambah stok udang galah dan ikan yang semakin berkuranga­n akibat penangkapa­n ikan yang tidak terkawal dan pencemaran sungai.

“Program ini dapat meningkatk­an sosio ekonomi nelayan dan penduduk setempat selain mendidik masyarakat menghargai sungai.

“Statistik pengeluara­n udang galah melalui sistem ternakan akuakultur menunjukka­n bahawa

Negeri Sembilan menyumbang 32.12 peratus daripada pengeluara­n udang galah Malaysia,” katanya selepas pelancaran itu.

Majlis pelancaran disempurna­kan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di Pangkalan Nelayan Sungai Timun, Rembau, baru-baru ini.

Ismail berkata, sepanjang 2016, Sungai Timun menarik hampir 680 pemancing rekreasi dengan purata sebulan 50 orang.

“Jumlah ini akan terus meningkat jika kepelbagai­an spesies terus dipelihara dan dipertingk­atkan. Negeri Sembilan antara negeri kedua terbesar selepas Perak.

“Kita percaya pemilihan

Langkah tingkat sumber

perikanan untuk generasi

akan datang

Sungai Timun sebagai cabang kepada Sungai Rembau yang mengalir ke Sungai Linggi adalah tepat kerana ia terkenal dalam kalangan pemancing dengan udang galah sepit birunya.

“Difahamkan juga, DOF Negeri Sembilan melepaskan 200,000 benih udang galah sejak 2014. Selain itu, Sungai Timun antara salah satu lokasi yang berpotensi untuk agro pelanconga­n,” katanya.

Menurutnya, ia mempunyai kepelbagai­an spesies ikan yang menjadi tarikan pemancing antaranya udang galah, lampam sungai, baung, patin dan siakap.

“Kehadiran buaya dan kelip-kelip yang mendiami kawasan sungai ini juga menjadi faktor penarik yang unik,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, kerajaan negeri berasa bangga kerana Negeri Sembilan dipilih oleh DOF bagi melepaskan 1 juta benih udang galah ke perairan Sungai Timun.

Beliau berkata, ini menunjukka­n agensi Kerajaan Persekutua­n prihatin dengan kebajikan nelayan darat yang terdapat di perairan yang kaya dengan sumber udang galah ini.

“Kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan RM50,000 bagi program pelepasan benih pelbagai spesies ikan sungai asli di seluruh Negeri Sembilan.

“Saya mengarahka­n DOF Negeri Sembilan bersamasam­a Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di setiap kawasan merancang 10 program pelepasan benih ikan.

“Ia sudah pun dilaksanak­an di daerah Jelebu, Tampin, Jempol dan Kuala Pilah dengan jumlah benih yang dilepaskan sebanyak 150,000 ekor membabitka­n ikan lampam sungai, baung, kelah, kerai, patin dan terbul,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD (dua dari kiri) dan Ismail (dua dari kanan) pada majlis pelepasan benih udang galah.
MOHAMAD (dua dari kiri) dan Ismail (dua dari kanan) pada majlis pelepasan benih udang galah.
 ??  ?? GIMIK perasmian pelepasan benih udang galah.
GIMIK perasmian pelepasan benih udang galah.
 ??  ?? BENIH udang galah yang akan dilepaskan di Sungai Timun. Negeri Sembilan menyumbang 32.12 peratus daripada pengeluara­n udang galah Malaysia.
BENIH udang galah yang akan dilepaskan di Sungai Timun. Negeri Sembilan menyumbang 32.12 peratus daripada pengeluara­n udang galah Malaysia.
 ??  ?? BENIH udang galah.
BENIH udang galah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia