Harian Metro

RAIH PELUANG KEEMASAN

- Hazril Md Nor

MidOne pernah julang nama Malaysia dalam kejohanan dunia Dota 2

Siapa

Dia mula bermain ‘game’ seawal usia tiga tahun apabila dibelikan Gameboy dan kemudian beralih kepada siri Final Fantasy di Playstatio­n 1.

Pada usia tujuh tahun, dia bermain permainan komputer pertamanya, Sonic dan Rayman sebelum mula berjinak-jinak dengan Defence of the Ancients (Dota) selepas melihat abangnya kerap bermain permainan popular itu.

Minatnya terhadap Dota terus berkembang dan kemudian beralih kepada Dota 2. Sejak itu, MidOne menyertai pasukan profesiona­l dan merekodkan 8,000 mata di ranking Dota 2 Asia Tenggara.

SERTAI FNATIC

Selepas beberapa kali kalah dalam pertanding­an tempatan, MidOne bercadang berhenti bermain Dota 2.

Bagaimanap­un, kejohanan Mountain Dew pada 2015 lalu membuatkan dia berubah fikiran. Bersama kawan, dia menubuhkan sebuah pasukan bernama

Team DOT.

Selepas memenangi pusingan kelayakan di Penang, MidOne bersama rakannya berjaya menumpaska­n Team GIZMO 3-0 di pusingan akhir, sekali gus membawa pulang wang tunai RM60,000.

Tuah daripada kemenangan itu, pengurus Fnatic, Khor Wei Soon menawarkan kontrak bersama pasukan itu.

Ketika bersama Fnatic, MidOne menonjolka­n bakatnya bermain

Ember Spirit dan prestasiny­a itu meletakkan Fnatic di tempat keempat kejohanan dunia The Internatio­nal 2016.

Bagaimanap­un, dia membuat keputusan meninggalk­an

Fnatic dan menyertai organisasi e-sukan Eropah, Secret sejak setahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia