Harian Metro

SERONOK BERIADAH BERAMAI-RAMAI

-

Kemeriahan turut dirasa apabila program itu disertai pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur malah ibu bapa turut mengambil kesempatan membawa anak kecil mengikuti larian.

Meskipun perlu menamatkan larian sambil membawa anak mereka di dalam kereta tolak, ia tidak menjadi penghalang kerana yang penting aktiviti itu dapat dilakukan bersama keluarga dan rakan.

Bagi Norazian Abdul Aziz, 47, usia bukan penghalang baginya untuk menyertai aktiviti senaman dan larian Fit Malaysia berikutan dia sudah menyertai hampir 25 larian setakat ini.

Meskipun baru bergiat aktif dalam acara larian sejak 10 bulan lalu, Norazian akan mendaftar sekurangku­rangnya dua larian setiap bulan untuk memastikan staminanya terus konsisten.

“Acara larian ni menarik kerana saya boleh berlari secara berkumpula­n dan saling memberi semangat pada rakan lain, pada masa sama dapat mengumpul pingat sebagai kenangkena­ngan.

“Program seumpama ini juga bagus kerana ia santai dan pada masa sama dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan baru yang berkongsi minat sama. Secara tidak langsung dapat membantu kita menurunkan berat badan secara sihat.

“Misalnya, saya bersama rakan dalam kumpulan kecergasan Tasvengers banyak memberi dorongan antara satu sama lain dan sentiasa menggalakk­an ahlinya bergiat aktif,” katanya.

Menurutnya, hasil senaman dan penjagaan pemakanan yang konsisten ternyata dapat berikannya stamina di luar jangkaan. Malah meskipun bergelar nenek kepada tujuh orang cucu, dia membuktika­n umur dan status bukan alasan untuk bergiat cergas.

“Perbezaan paling ketara antaranya jika dulu saya tidak boleh banyak berjalan dan cepat penat, tapi sekarang saya sudah boleh sertai larian sejauh 10km,” katanya yang berkhidmat sebagai kakitangan di syarikat perumahan di Kajang.

RUANG ‘SEMAI’ CINTA

Bagi peguam, Amal Farhah Mohd Ali, 44, minatnya terhadap larian tercetus sejak awal tahun ini selepas diajak rakan untuk menyertai larian sejauh

3km.

Lama-kelamaan, dia mula jatuh cinta kerana baginya aktiviti seumpama ini amat menyeronok­kan apatah lagi dijayakan bersama keluarga dan rakan.

“Daripada menghabisk­an cuti hujung minggu menonton televisyen saja, lebih baik saya bawa anak menyertai larian dan aktiviti sihat yang lain.

“Ia adalah satu galakan untuk kita melakukan aktiviti sosial secara sihat. Apabila dilakukan beramairam­ai selalunya semangat positif bertambah tinggi dan secara langsung makin meningkatk­an kesihatan

 ?? FOTO ?? PESERTA acara kayuhan dilepaskan.
KHAIRY Jamaluddin turut melakukan
senamrobik.
FOTO PESERTA acara kayuhan dilepaskan. KHAIRY Jamaluddin turut melakukan senamrobik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia