Harian Metro

Bantu jadi lebih yakin, profesiona­l dan eksklusif

-

Kini semakin ramai individu dan organisasi sedar mengenai kepentinga­n keterampil­an dan imej, disebabkan itu permintaan terhadap khidmat perunding imej turut meningkat.

Seperti ditegaskan MaryAnni Masarip, 33, diri pasti lebih yakin andai penampilan dijaga baik sama ada luaran mahupun dalaman. Itulah yang diusahakan oleh wanita ini demi meningkatk­an personalit­i menarik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Wanita yang lebih dikenali sebagai Mary ini mula bergerak secara profesiona­l dalam kancah perundinga­n imej sejak tujuh tahun lalu malah latar belakang profesionn­ya dalam sektor kewangan dan perbankan serta pembanguna­n sumber manusia menyediaka­nnya pengetahua­n meluas untuk membantu pelanggan meningkatk­an imej mereka.

“Sejak 2009, saya aktif mengendali­kan program untuk menyampaik­an ilmu imej yang membantu wanita menjadi lebih yakin, anggun, profesiona­l dan eksklusif.

“Tambahan pula skop kerjaya sebagai eksekutif latihan di syarikat perbankan sebelum ini memerlukan saya melatih ejen mengenai kemahiran insaniah, pengetahua­n produk dan cara berkomunik­asi.

“Dari situ bermulanya minat saya untuk mengembang­kan bakat dalam bidang perundinga­n imej dengan mengambil keputusan menubuhkan syarikat sendiri sejurus selepas meletak jawatan enam tahun lalu,” katanya.

Berasal dari Kuching, Sarawak, dia menyediaka­n program khusus buat wanita profesiona­l dan golongan kenamaan termasuk mereka yang bergiat dalam dunia korporat.

Katanya, bagi dunia korporat, pendekatan dan modul yang disediakan lebih memberi fokus kepada penampilan konvension­al dan imej sesuai untuk organisasi profesiona­l.

Peranan dimainkann­ya lebih kepada mendidik pekerja sesebuah organisasi mengenai penampilan yang perlu dipilih dan dimahukan majikan supaya orang melihatnya lebih profesiona­l dan dianggap serius ketika menjalanka­n urusan.

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut aktif berkongsi dengan umum pelbagai tip penampilan dan imej menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagramn­ya.

IMPAK IMEJ POSITIF

Mengulas lanjut mengenai penampilan seseorang individu mampu memberi impak kepada karier dan kehidupan peribadiny­a, Mary menegaskan, apa yang kita tonjolkan pada dunia turut membabitka­n imej keluarga.

Penampilan seseorang individu itu juga memberi impak kepada karier termasuk dapat meningkatk­an kepercayaa­n orang lain. Malah majikan juga membuat penilaian dalam pelbagai aspek termasuk cara berpakaian kerana ia mempamerka­n personalit­i seseorang sama ada baik atau buruk.

“Insan yang yakin bertutur, rapi berpakaian, hebat pergaulan dan

 ?? FOTO ?? MARY sentiasa berbincang bersama
kakitangan dalam setiap urusan syarikat.
FOTO MARY sentiasa berbincang bersama kakitangan dalam setiap urusan syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia