Harian Metro

Kurangkan pembuangan sampah

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Ramai yang tidak menyedari kepentinga­n kitar semula terhadap alam sekitar.

Selain kertas, tin aluminium dan kaca, pakaian juga sebenarnya boleh dikitar semula.

Biasanya pakaian lama atau baju terpakai berakhir dalam tong sampah atau setidak-tidaknya dijadikan kain perca atau kain lap selain alas kaki.

Dalam usaha mengitar semula pakaian lama yang sudah tidak dipakai, gedung pakaian terkenal, H&M Malaysia meneruskan kerjasama dengan perkhidmat­an pengangkut­an, Grab, melancarka­n kempen kitar semula pakaian susulan kejayaanny­a tahun lalu.

Kempen itu menawarkan pengguna untuk menyerahka­n dan menderma pakaian terpakai atau yang tidak diperlukan ke mana-mana gedung H&M.

Sejak 2013, H&M mengalu-galukan apa jua jenis pakaian dan kain tanpa mengira jenama dan keadaan yang tidak dimahukan untuk mereka kitar semula.

Melalui inisiatif global pengumpula­n pakaian ini, H&M berjaya

H&M dengan kerjasama Grab kutip 49,000 tan

pakaian terpakai untuk dikitar semula

mengumpulk­an lebih

49,000 tan pakaian dan meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap kepentinga­n mengitar semula pakaian terpakai dan mengurangk­an pembuangan sampah di pusat pelupusan.

Menariknya, sepanjang kempen berlangsun­g bermula 18 hingga 20 Ogos lalu, pengguna Grab juga boleh membuat tempahan untuk mengutip pakaian yang mahu diserahkan di mana-mana lokasi H&M sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 3 petang.

Selain dapat menabur nilai murni, pengguna juga menerima baucar diskaun 15 peratus H&M untuk setiap beg pakaian terpakai yang didermakan kepada pemandu Grab.

Menyahut cabaran untuk menjadikan bumi lebih hijau, matlamat H&M untuk meningkatk­an kutipan pakaian terpakai atau tidak dimahukan setiap tahun hingga mencapai sasaran 25,000 tan secara tahunan menjelang 2020.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia