Harian Metro

Cabar minda bina robot mesra alam

-

Pertanding­an akhir peringkat kebangsaan yang berlangsun­g selama tiga hari menyaksika­n 20 pasukan murid sekolah rendah dari seluruh negeri berentap untuk membina struktur robot mesra alam sekitar pada program Paddle Pop Young Builders Award 2017.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan itu adalah pertanding­an tahunan peringkat kebangsaan bagi memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan minda pelajar ‘dicabar’ untuk membina struktur kreatif menggunaka­n bahan terpakai dan kitar semula.

Sempena sambutan

Hari Kemerdekaa­n yang ke-60, setiap pasukan yang diwakili empat murid perlu menggabung­kan elemen yang menggambar­kan Malaysia dan negeri pasukan bertanding ke dalam rekaan struktur mereka.

Pertanding­an akhir Paddle Pop Young Builders Award 2017 menyaksika­n kemenangan SK Peramu

Jaya dari Pahang sebagai juara, manakala SK Bukit Rokan Utara (F) dari Negeri Sembilan muncul naib juara dan tempat ketiga dimenangi SK Stella Maris (M) dari Perlis.

Pada tiga hadiah kategori khas disediakan bagi ‘Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik’, ‘Semangat Kerja Berpasukan’ dan ‘Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap’. Anugerah Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik diberikan kepada SK Durian Mas 1 (Terengganu), Anugerah Semangat Kerja Berpasukan dimenangi SK Kepala Batas (Pasukan 2) dari Kedah dan Anugerah Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap, pula disandang SJK(C) Chung

Hwa dari Pahang.

Menurut Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn

Bhd Shiv Sahgal, tahun ini, penyertaan meningkat lebih 20 peratus dari seolah rendah dan 80 peratus murid yang mengambil bahagian dalam pertanding­an ini berbanding tahun sebelumnya. Kreativiti mereka dinilai juri pertanding­an iaitu pelukis terkenal tempatan, Profesor Jalaini Abu Hassan dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara yang turut kagum dengan usaha peserta.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang bertemakan Perpaduan untuk Kesejahter­aan Alam Sekitar adalah sebuah platform untuk mendidik murid sekolah rendah mengenai pelbagai jenis bahan yang boleh diguna, dibuat dan dikitar semula dengan cara yang berinovasi dan menyeronok­kan.

Pertanding­an akhir itu disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan 1,

Datuk P. Kamalanath­an yang berbangga kerana program berkenaan bukan saja mendidik pelajar untuk menyemai nilai murni terhadap pemulihara­an alam sekitar, tetapi juga menggalakk­an mereka meraikan perpaduan dan rasa cinta kepada negara.

Paddle Pop Young

Builders Award 2017 yang terbuka kepada semua murid tahun empat, lima dan enam menyasarka­n pencarian idea kreatif untuk menghasilk­an robot bersaiz sebenar menggunaka­n bahan terpakai dan kitar semula yang turut berperanan menyampaik­an mesej kepentinga­n kepentinga­n masa depan yang lebih hijau. Bagi menambahka­n lagi elemen inovasi dan kreativiti, peserta dibawa melawat ke Petrosains semasa pertanding­an akhir.

Sekolah yang memenangi pertanding­an menerima hadiah utama berupa wang tunai RM6,000, Percutian Keluarga selama tiga hari dua malam di Legoland Resort termasuk baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan hotel penginapan serta sijil penyertaan untuk keempat-empat peserta dalam pasukan berkenaan. Dua sekolah yang memenangi hadiah saguhati akan menerima wang tunai RM2,000 dan dua tiket masuk kombo Legoland untuk setiap ahli pasukan.

 ??  ?? KUMPULAN kreatif yang memenangi Pertanding­an Paddle Pop Young Builders Award 2017 .
KUMPULAN kreatif yang memenangi Pertanding­an Paddle Pop Young Builders Award 2017 .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia