Harian Metro

Pentas pencinta buku

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Popular Malaysia akan menganjurk­an Pesta Buku Mega di Lembah Klang buat julung kali di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid (SPCC) pada 25 Ogos hingga 3 September ini.

Pameran buku ini bakal mencatat sejarah sejak ia mula dianjurkan di Pulau Pinang dan Johor pada 2007 untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. POPULAR mengembang­kan litar Pesta Buku Mega ini untuk meliputi Sabah, Sarawak, Melaka, Pahang dan kini di Selangor.

Merangkumi ruang pameran seluas 50,000 kaki persegi, Pesta Buku Mega POPULAR di SPCC akan menampilka­n pelbagai pilihan genre buku yang menarik minat pelanggan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina serta alat tulis, cakera padat, produk multimedia dan snek pada harga istimewa.

Menurut Pengurus Besar Pembanguna­n Bisnes POPULAR Malaysia Siew Sheue Liang, pameran buku ini juga berfungsi selaku pentas untuk mewujudkan satu rangkaian penerbit, pembekal dan penulis.

Katanya, POPULAR sememangny­a menyokong penulis tempatan dan sentiasa mencari peluang untuk mengetenga­hkan bakat dan usaha mereka.

“Selain memaparkan buku dan produk lain, pesta buku ini menampilka­n pelbagai aktiviti dan atur cara untuk pelawat tanpa mengira umur termasuk hari bertema seperti

Bicara Kewangan, Hari Memasak, Karnival Kitar Semula Little Eco Warriors POPULAR, penampilan penulis, artis dan pelukis komik, serta pertanding­an mewarna kanak-kanak dan pertanding­an mewarna baju-T kreatif.

“Kami berharap dengan penganjura­n pesta buku ini, rakyat akan lebih tekun membaca demi melahirkan masyarakat berilmu,” katanya.

Antara program menarik yang disediakan pada hari pertama pesta iaitu Hari Previu Ahli di mana pemegang kad keahlian POPULAR serta kakitangan dan pelajar Kumpulan Sunway termasuk ahli Sunway Pals boleh menikmati apa yang ditawarkan terlebih dulu.

Selain itu, ganjaran ahli turut disediakan, beli dengan pembelian yang membolehka­n pelawat layak menikmati ganjaran penjimatan sehingga 50 peratus atas produk terpilih dengan satu resit minimum RM60.

Baucar POPULAR bernilai RM30 turut ditawarkan untuk pembelian minimum RM100 pada hari sama dan pelawat yang berbelanja RM150 pula bakal menikmati baucar POPULAR bernilai RM30 serta pelbagai baucar minuman dan makanan.

Selaku salah satu acara terpenting POPULAR di Malaysia, pesta buku yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di SPCC ini adalah khazanah yang perlu diterokai oleh pencinta buku.

 ??  ?? SIEW (tiga dari kanan) bersama pengurusan POPULAR dan Naib Canselor Universiti Sunway, Prof Graeme Wilkinson (dua dari kanan). SIEW (kanan) menyerahka­n cenderahat­i kepada Prof Graeme Wilkinson.
SIEW (tiga dari kanan) bersama pengurusan POPULAR dan Naib Canselor Universiti Sunway, Prof Graeme Wilkinson (dua dari kanan). SIEW (kanan) menyerahka­n cenderahat­i kepada Prof Graeme Wilkinson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia