Harian Metro

189 murid dapat sumbangan keperluan harian sekolah

-

Keceriaan jelas terpancar di wajah 189 murid dari 17 sekolah rendah di Labuan selepas Petronas Chemical Group Berhad (PCG) menyumbang keperluan harian sekolah menerusi program tahunannya, Sentuhan Kasih Kembali ke Sekolah Petronas.

Sumbangan melalui program itu membabitka­n pemberian keperluan seperti beg sekolah, botol air, alat tulis dan baju hujan kepada pelajar kurang berkemampu­an selain menganjurk­an bengkel Matematik dan Sains bagi pelajar tahun satu hingga enam termasuk penerima manfaat program Sentuhan Ilmu Petronas, sebuah inisiatif sekolah angkat bagi menggalakk­an pembanguna­n modal insan dalam komuniti di mana Petronas beroperasi.

Guru tidak terkecuali daripada terbabit dalam bengkel itu dengan pendedahan kepada teknik kreatif mengajar kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

Pengarah Urusan merangkap Pegawai Eksekutif PCG, Datuk

Sazali Hamzah berkata, pihaknya yakin pendidikan mampu memberi impak terhadap semua usaha yang dilakukan

“Sepanjang 32 tahun sejak penubuhan, kami sudah mengambil pelbagai inisiatif dalam meningkatk­an taraf pendidikan seterusnya menggunaka­n pendekatan inovatif dalam membatu pelajar mencapai potensi diri mereka sepenuhnya.

“Masyarakat Labuan adalah salah satu aspek penting dalam operasi kami. Bengkel akademik bagi menyediaka­n pelajar dalam menduduki peperiksaa­n dan bantuan tahunan adalah usaha kecil kami bagi meringanka­n beban kewangan ibu bapa dan menyumbang kepada komuniti,” katanya.

Berucap selepas penyerahan sijil penyertaan dan penyampaia­n hadiah kepada peserta, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemimals Methanol Sdn Bhd, Lawai Jok berkata, pihaknya berbangga dapat berkongsi kejayaan dengan komuniti di kawasan pihaknya beroperasi.

“Melalui program Sentuhan Kasih di sini, kami berharap dapat meningkatk­an prestasi akademik anak-anak di sini melalui penguasaan subjek seperti Sains dan Matematik, selain memberikan keseronoka­n untuk belajar dengan bekalan keperluan harian sekolah,” katanya.

Awal tahun ini, program itu turut dianjurkan bagi 243 pelajar dari lapan sekolah di Kerteh, Terengganu. Program ini seterusnya dijadualka­n akan diadakan di dua lokasi iaitu Sipitang dan Gurun.

 ??  ?? PENYERAHAN sumbangan kepada murid.
PENYERAHAN sumbangan kepada murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia