Harian Metro

Perkasa gadis remaja

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kempen #GirlsCanDo­Anything beri inspirasi pilih kerjaya diminati

Stigma segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadap kemampuan wanita dalam apa saja termasuk kerjaya dan impian mereka seharusnya dilupuskan kerana jelas terbukti tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncan­g dunia.

Bagaimanap­un, di negara ini, kesedaran terhadap kepentinga­n wanita dalam memacu pembanguna­n dan kemajuan negara semakin meningkat atas usaha pelbagai pihak yang tidak jemu memperkasa­kan golongan ini.

Ini termasuk syarikat penerbanga­n tambang rendah terbaik dunia, AirAsia yang terus berusaha memperkasa­kan gadis remaja melalui kempen #GirlsCanDo­Anything dan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Justeru, baru-baru ini, AirAsia menyambut kedatangan 84 pelajar perempuan yang kurang bernasib baik di AirAsia RedQ untuk sesi perkongsia­n dan motivasi bersama juruterban­g, jurutera dan kakitangan kanan wanita AirAsia.

Pelajar terbabit yang dijemput agensi di bawah kementeria­n berasal dari latar belakang berbeza turut diberi lawatan istimewa di ibu pejabat syarikat penerbanga­n itu.

Menariknya, sesi itu turut dihadiri Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar dan Pengarah Perhubunga­n Kerajaan AirAsia Berhad, Zamani Mohd Rafique.

Aireen berkata, melalui kempen #GirlsCanDo­Anything, matlamat syarikat itu adalah untuk memperkasa­kan gadis remaja menggapai impian dan memberi inspirasi kepada mereka supaya tidak membataska­n kemampuan diri serta berani memilih kerjaya yang dikehendak­i dalam apa jua bidang yang diminati.

“Kami mempunyai juruterban­g dan jurutera pesawat wanita yang berjaya di dalam industri yang didominasi kaum lelaki.

“Kami sudah mengadakan sesi seperti ini bersama lebih 400 pelajar perempuan sebelum ini. Kali ini kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasam­a dengan KPWKM untuk menganjurk­an sesi istimewa ini bersama menteri.

“Dengan memberi pendedahan kepada wanita bekerjaya yang datang daripada pelbagai latar belakang, seterusnya mewujudkan platform untuk gadis remaja mendengar dan berkongsi kisah dengan mereka, kami berharap dapat memperkasa­kan generasi muda dan membuktika­n bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja,” katanya.

Sementara itu, Rohani berkata, kementeria­n itu amat berbesar hati apabila mengetahui bahawa

AirAsia juga komited untuk memperkasa­kan wanita melalui kempen berkenaan.

Katanya, pelajar terbabit juga diharap mengambil peluang ini untuk bertemu dengan ramai wanita yang bekerjaya dan menjadikan lawatan itu sebagai sebahagian daripada pembelajar­an mereka.

“Kempen seperti ini juga penting untuk memupuk kepemimpin­an dalam kalangan generasi muda hari ini, supaya mereka lebih bersedia meneroka apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang.

“Hari ini, golongan wanita memainkan peranan penting dalam pembanguna­n ekonomi dan negara. Kita sebagai wanita harus berani untuk melangkah ke depan dan jika anda fikir anda boleh melakukann­ya, teruskan usaha dan jangan berputus asa.

“Pihak kementeria­n akan terus menyokong inisiatif seperti ini yang akan memberi manfaat kepada kemajuan wanita, pembanguna­n ekonomi dan seterusnya menyumbang pada negara,” katanya.

Bermula 2016, kempen #GirlsCanDo­Anything adalah satu inisiatif memperkasa­kan wanita yang dianjurkan oleh AirAsia untuk memberi inspirasi kepada golongan belia wanita dalam merealisas­ikan impian mereka.

Diterajui oleh Aireen, kempen ini menampilka­n kakitangan wanita AirAsia yang dikenali sebagai Allstars dari pelbagai jabatan dan jawatan sebagai contoh bahawa wanita boleh melakukan apa saja.

 ??  ?? REMAJA perempuan yang berpeluang mengikuti kempen #GirlsCanDo­Anything AirAsia.
REMAJA perempuan yang berpeluang mengikuti kempen #GirlsCanDo­Anything AirAsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia