Harian Metro

Kali ketiga naik lori ke hospital

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

 Pemuda seberat 221kg dibantu APM

Berikutan mengalami obesiti peringkat kritikal, Faisal Md Ali, 29, dari Kampung Mengabang Telipot, di sini, dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) buat kali ketiga.

Anggota APM pernah memberi bantuan membawa pemuda itu ke HSNZ pada 12 April tahun lalu kerana mengalami sakit perut dan sesak nafas.

Faisal sekali lagi mendapatka­n bantuan anggota APM pada 26 Julai lalu untuk membawanya ke HSNZ selepas mengalami tekanan darah tinggi dan sesak nafas.

Semalam, APM sekali lagi menggunaka­n lori lima tan bagi membawa pemuda seberat 221 kilogram (kg) itu ke HSNZ selepas mengadu sesak nafas dan sakit badan jam 10 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Kuala Nerus Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga Faisal pada jam 10.20 pagi sebelum bergegas ke rumahnya.

“Disebabkan masalah obesitinya, kami menggunaka­n bantuan alat hidraulik untuk menggangka­tnya ke atas lori APM.

“Segalanya berjalan lancar kerana Faisal memberi kerjasama di samping bantuan ahli keluargany­a sendiri,” katanya.

Ahmad Kamal berkata, bantuan itu yang ketiga dihulurkan pihaknya, tetapi ia tidak menjadi masalah kerana menjadi tanggungja­wab.

“Selain memberi bantuan pada 26 Julai lalu, kami pernah menghulurk­an bantuan sama pada April tahun lalu dan ketika itu berat Faisal 250 kg.

“Usaha mengalihka­n Faisal dari rumahnya ke lori APM lebih mudah berbanding sebelum ini kerana kami menggunaka­n katil mudah alih yang dipinjam daripada Klinik Kesihatan Batu Rakit,” katanya.

 ??  ?? FAISAL dibawa ke HSNZ menggunaka­n lori APM, semalam.
FAISAL dibawa ke HSNZ menggunaka­n lori APM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia