Harian Metro

24 peserta berentap

- Syafil Syazwan Jefri am@hmetro.com.my

 AF Megastar kumpul bekas juara, peserta dalam program edisi khas

Astro semalam mengumumka­n nama 24 peserta dalam program realiti edisi khas, AF Megastar yang mengumpulk­an beberapa bekas juara dan peserta kegemaran di Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu.

Antara bekas juara yang terbabit ialah Zahid (AF2), Faizal Ramli (AF4), Mila Jirin (AF5), Shahir (AF8), Faizul Sany (AF2013), Firman (AF2014), Sufi Rashid (AF2015) dan Amir (AF2016).

Peserta kegemaran yang disenaraik­an pula ialah Rosma (AF1), Bob (AF2), Adam (AF2), Anding (AF2), Marsha Milan (AF3), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah Ruhaila (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, ini adalah kali pertama edisi khas sebegini diterbitka­n.

“Jika dilihat daripada semua rangkaian AF yang pernah diadakan di beberapa negara lain termasuk Thailand dan Indonesia, ini adalah kali pertama edisi khas sebegini dianjurkan,” katanya.

Raqim berkata, mereka memberi tawaran kepada semua bekas juara AF menyertai program ini, namun tidak semua memberikan persetujua­n kerana terikat dengan komitmen lain termasukla­h juara AF3, Mawi.

“Kami tak paksa semua bekas juara menyertai program ini. Ia terbuka untuk mereka. Siapa yang berminat boleh menyertain­ya,” katanya.

AF Megastar menampilka­n Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara dan akan memulakan siaran pada 28 Ogos ini menerusi program kapsul Studio AF Megastar.

Selain Studio AF Megastar pada setiap Isnin hingga Jumaat, penonton juga boleh menonton pelbagai aksi tambahan menerusi Studio AF Megastar Plus setiap Sabtu bermula 2 September depan.

Konsert mingguan AF Megastar berlangsun­g selama lapan minggu bermula 3 September ini dan diiringi program Spotlight AF Megastar setiap kali sebelum konsert bermula.

AF Megastar akan diadili berdasarka­n sistem permarkaha­n 60 peratus oleh juri profesiona­l, manakala 40 peratus menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan online.

#kw Akademi Fantasia, AF Megastar, Astro

#loc Kuala Lumpur

 ??  ?? BARISAN peserta program AF Megastar yang akan mula bersiaran 3 September depan.
BARISAN peserta program AF Megastar yang akan mula bersiaran 3 September depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia