Harian Metro

HARAP BERNYAWA SEMULA

- Agensi

Seorang lelaki membekukan mayat isterinya dengan harapan apabila teknologi semakin maju wanita itu boleh dihidupkan semula.

Mayat Zhan Wenlian yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada usia 49 tahun disimpan dalam tangki nitrogen cecair pada suhu -196 celsius di institut kriogenik di wilayah Shandong.

Suaminya, Gui Junmin, 49, berkata, dia mengambil keputusan itu kerana terlalu sayangkan isterinya dan percaya wanita itu tidak mati sebaliknya dianggap sedang tidur.

“Saya tidak mahu melihat isteri saya hilang ketika mayatnya dibakar dengan tiada apa yang tinggal.

“Saya tidak rasa isteri saya sudah meninggal dunia dia hanya berada di

Lelaki terlalu sayang isteri bekukan mayat dengan harapan teknologi hidupkanny­a kembali

tempat lain untuk berehat sementara,” katanya.

Zhan meninggal dunia dan dibekukan pada Mei lalu tetapi kes itu baru didedahkan syarikat Kumpulan Biologi Yinfeng yang menjalanka­n proses membekukan mayatnya. Kata Gui, membekukan mayat isterinya bukan sahaja memberi manfaat kepada keluargany­a tetapi ia turut menyumbang kepada perkembang­an teknologi perubatan.

Terdapat kira-kira 350 mayat yang dibekukan di seluruh dunia dengan kebanyakan­nya di Amerika Syarikat.

Semua mereka berharap hidup semula satu hari nanti apabila teknologi mampu menghidupk­an mayat yang sudah mati.

Bagaimanap­un, sehingga kini tiada mayat yang berjaya dihidupkan semula.

 ??  ?? ZHAN Wenlian yang meninggal dunia akibat kanser sebelum mayatnya dibekukan. - Agensi
ZHAN Wenlian yang meninggal dunia akibat kanser sebelum mayatnya dibekukan. - Agensi
 ??  ?? MAYAT Zhan diletakkan di dalam tangki nitrogen cecair ini pada suhu -196 celsius. - Agensi
MAYAT Zhan diletakkan di dalam tangki nitrogen cecair ini pada suhu -196 celsius. - Agensi
 ??  ?? GUI Junmin
GUI Junmin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia