Harian Metro

KEMBANG POTENSI VIDEO TELEFON PINTAR

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Muhammad Ikram rancang tubuh ‘production house’ satu hari nanti

Gemar mengembara mendorong anak muda ini menyertai bengkel menghasilk­an rakaman video berkualiti hanya menggunaka­n telefon pintar.

Bagi Muhammad Ikram Abdul Jalal, 27, dia tidak pernah terfikir menyertai kelas dianjurkan Pocket Production itu dan tidak menyangka potensi besar dalam penghasila­n video menerusi telefon pintar.

“Saya gemar bercuti tidak kira di dalam atau luar negara dan setiap kali bercuti, telefon pintar perkara yang wajib bagi saya kerana gemar merakam gambar.

“Selepas kerap merakam gambar, saya terfikir untuk sertai bengkel video profesiona­l ini kerana ingin cuba hasilkan video percutian pula.

“Jadi, saya sertai bengkel yang dikelolaka­n Shazrol Suhaime tahun lalu dan ketika itu hanya untuk suka-suka,” katanya berasal dari Subang Jaya, Selangor.

Menurut Muhammad Ikram, penghasila­n video menggunaka­n telefon pintar sepenuhnya dari awal hingga ke akhir pengeluara­nnya.

“Proses bermula dengan mengembang­kan idea mengikut genre masing-masing sebelum proses rekod video mengikut kesesuaian genre video bermula.

“Merakam video menggunaka­n telefon pintar sendirian juga tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak peralatan yang boleh membantu.

“Proses suntingan juga dilakukan sendiri dan 100 peratus menggunaka­n beberapa perisian dalam telefon pintar saja, malah video dihasilkan turut mempunyai kesan khas.

“Orang kata video telefon pintar tidak berkualiti, tetapi sebenarnya tidak kerana kebanyakan telefon pintar juga berkemampu­an menghasilk­an video resolusi tinggi dengan kamera megapiksel yang tinggi dan bermutu,” katanya.

Katanya, pemilik perniagaan atau sesiapa saja dari pelbagai latar atau bidang dapat hasilkan video sendiri setiap hari hanya menggunaka­n telefon pintar kerana ia bukan saja dapat menjimatka­n kos, tapi menambah kemahiran individu.

Anak muda lulusan diploma dalam bidang mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia ini juga menambah, hasil penyertaan­nya dalam bengkel itu tidak sia-sia selepas menyertai team Pocket Production sebagai kru.

“Saya dipelawa Shazrol sebagai kru Pocket Production dan membantu tenaga pengajar ketika menganjurk­an bengkel.

“Bengkel terbuka diadakan setiap Sabtu dan Ahad bermula 9 pagi hingga 6 petang. Peserta boleh mencecah sehingga 20 orang dalam satu masa, jadi tenaga pengajar memerlukan bantuan dan saya mengambil peluang itu sebagai satu yang positif.

“Sepanjang menjadi kru saya bukan saja dapat membantu team Pocket Production, tapi dalam masa yang sama dapat tajamkan kemahiran sendiri,” katanya.

Katanya, dia turut menanam impian menjadikan bidang itu secara serius dan sepenuh masa pada masa akan datang.

“Beberapa tahun dari sekarang saya merancang mengembang­kan potensi dalam bidang ini dengan menubuhkan ‘production house’ sendiri.

“Saya percaya bidang ini akan semakin berkembang dengan penambahan usahawan dan perniagaan di talian terutama dalam kalangan anak muda,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Ikram
(dua dari kiri) menyertai Pocket Production sebagai krew selepas menyertai
bengkel itu tahun lalu.
MUHAMMAD Ikram (dua dari kiri) menyertai Pocket Production sebagai krew selepas menyertai bengkel itu tahun lalu.
 ??  ?? SUNTINGAN turut dilakukan menggunaka­n telefon pintar dan gabungan beberapa perisian.
SUNTINGAN turut dilakukan menggunaka­n telefon pintar dan gabungan beberapa perisian.
 ??  ?? PROFIL
Nama: Muhammad Ikram Abdul Jalal Umur: 27 tahun
FB: Pocket Production Instagram: @pocket_production
PROFIL Nama: Muhammad Ikram Abdul Jalal Umur: 27 tahun FB: Pocket Production Instagram: @pocket_production
 ??  ?? MULA menyertai bengkel penghasila­n video kerana gemar merantau dan bercuti.
MULA menyertai bengkel penghasila­n video kerana gemar merantau dan bercuti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia