Harian Metro

Berkerusi roda ke Tanah Suci tanpa teman

-

Kelana Jaya: Besar cabaran bagi seorang wanita warga emas apabila terpaksa berseorang­an ke Tanah Suci menggunaka­n kerusi roda tanpa ditemani waris.

Warga emas, Faridah Hanim Aman Shah, 73, berkata, walaupun tidak mempunyai pengiring sepanjang dia menunaikan haji, peluang yang diberi ini tidak harus dipersiaka­n kerana mungkin selepas ini peluang sebegini tidak akan ada lagi.

“Saya mula mendaftar haji pada 2005 bersama anak selepas berpisah dengan arwah suami dan mendapat panggilan haji pada tahun ini.

“Pada mulanya saya ingin pergi menunaikan haji bersama anak, dia telah membuat rayuan sebanyak dua kali untuk menemani saya, tetapi rayuannya tidak berjaya dan menyebabka­n saya terpaksa pergi ke Tanah Suci secara berseorang­an,” katanya.

Dia yang menetap di Bayan Baru, Pulau Pinang berkata, walaupun pergi menunaikan haji berseorang­an, dia tidak khuatir kerana yakin kebajikann­ya akan dijaga dengan baik oleh petugas haji sepanjang berada di Tanah Suci nanti.

“Saya menggunaka­n kerusi roda untuk bergerak sepanjang mengerjaka­n ibadat haji kerana kaki sudah tidak kuat untuk berjalan dan umur pun sudah lanjut,” katanya. Kelana Jaya: “Dari dulu lagi kami menyimpan hasrat untuk membawa anak pergi menunaikan ibadat haji bersama-sama memandangk­an dia adalah satu-satunya anak tunggal kami,” kata Zauyah Zainul, 49.

Zauyah yang menetap di Merbok, Kedah berkata, dia dan suami, Zakaria Mohd Arif, 51, mula menabung ke akaun Tabung Haji (TH) anak tunggal mereka sejak berusia dua tahun.

“Ini adalah kali pertama saya membawa anak pergi menunaikan haji memandangk­an duit tabungan yang dikumpul di dalam akaun mencukupi dan melayakkan dia untuk pergi haji bersama dengan kami.

“Setiap bulan, saya dan suami tidak pernah ketinggala­n memasukkan wang ke dalam akaun TH anak dan Alhamdulil­lah berkat doa untuk membawa anak mengikuti haji bersama kami akhirnya dimakbulka­n Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Najah Nur Izzati, 18, berkata, dia berasa bertuah dan teruja kerana berpeluang menunaikan ibadat haji pada usia muda bersama ibu bapanya.

“Ini adalah pemberian yang paling bermakna daripada ibu dan ayah kepada saya kerana sanggup bertungkus lumus mengumpul wang untuk membawa saya pergi menunaikan haji bersama-sama.

“Sebaik menerima surat tawaran untuk menjadi tetamu Allah, satu perasaan yang sukar untuk digambarka­n kerana tidak menyangka berpeluang menunaikan haji pada usia muda berkat simpanan wang ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana diberi peluang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci bersama ibu bapanya.

“Sebaik tiba di Tanah Suci, saya akan memanfaatk­an peluang yang diberi ini dengan sebaiknya serta mendoakan kesejahter­aan buat ibu bapa yang sudah banyak berjasa kepada saya,” katanya.

 ?? Zauyah ?? ZAKARIA bersama Zauyah dan anaknya, Najah Nur Izzati di Kompleks Tabung Haji. Setiap bulan, saya dan suami tidak pernah ketinggala­n memasukkan wang ke dalam akaun TH anak”
Zauyah ZAKARIA bersama Zauyah dan anaknya, Najah Nur Izzati di Kompleks Tabung Haji. Setiap bulan, saya dan suami tidak pernah ketinggala­n memasukkan wang ke dalam akaun TH anak”
 ??  ?? FARIDAH Hanim
FARIDAH Hanim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia