Harian Metro

Wanita tikam tokan dadah di gerai makan

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Muar: Berang urusan jual beli dadah tidak mengikut perjanjian awal, seorang wanita nekad merampas pisau seorang nelayan yang dipercayai pengedar dadah sebelum menikam dada lelaki berkenaan mengakibat­kannya cedera parah di gerai makan di Parit Jawa, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa berusia 38 tahun dikatakan berdolak-dalih apabila ditanya suspek berusia 26 tahun hingga berlaku pertengkar­an sebelum wanita itu merampas pisau dipegang mangsa lalu menikamnya.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa ditikam dengan pisau pemotong sayur sepanjang 22 sentimeter di bahagian dada kanan hingga mengenai jantungnya.

“Hasil siasatan awal, kami dapati kedua-dua individu itu bergaduh disebabkan rasa tidak puas hati hingga berlaku pertengkar­an dan ketika itu, mangsa memegang pisau berkenaan.

“Bagaimanap­un, apabila pergelutan berlaku menyebabka­n pisau itu bertukar tangan hingga suspek menikam mangsa di dada. Kejadian turut disaksikan orang awam yang berada di kawasan berhampira­n lalu menghubung­i polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Menurutnya, anggota polis yang tiba di lokasi mendapati suspek sudah melarikan diri manakala mangsa yang rebah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk mendapatka­n rawatan kecemasan.

Katanya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil, namun masih mendapatka­n rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPSF.

Penghuni Pusat Rawatan dan Pemulihan Narkotik (CCRC) Jelebu serba boleh kerana bukan saja terbabit aktiviti dalaman sebaliknya mengusahak­an projek tanaman nanas yang menghasilk­an pelbagai produk untuk tempahan pelanggan.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Halim Mohd Hussin berkata, seramai 50 penghuni terbabit mengusahak­an tanaman itu di tanah berkeluasa­n 10 hektar bermula 2003.

Katanya, nanas diperoleh tidak hanya dijual sebaliknya dihasilkan untuk banyak produk antaranya jem, kuih tart, kek dan jus nanas.

“Ini langkah dilakukan AADK bagi memastikan penghuni dipulihkan dan pada masa sama mengembali­kan keyakinan masyarakat,” katanya pada Majlis Pelancaran Produk Nanas TitiGold AADK di CCRC Jelebu.

Program berkenaan disempurna­kan

 ??  ?? ZAHARUDIN (tengah) menunjukka­n pisau digunakan suspek.
ZAHARUDIN (tengah) menunjukka­n pisau digunakan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia