Harian Metro

Perkukuh fungsi mahkamah khas PATI Suami sah, isteri gundah

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Peranan Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin

(PATI) akan diperkukuh­kan bagi memastikan kes PATI di negara ini dapat diselesaik­an secepat mungkin.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, keputusan sepakat Mahkamah Khas PATI dicapai hasil perbincang­an beliau dengan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dalam satu perjumpaan minggu lalu.

Menurutnya, antara yang dipersetuj­ui ialah bilangan hari perbicaraa­n di Mahkamah Khas PATI ditambah dan Hakim Mahkamah Sesyen dihantar untuk menyelesai­kan kes pendakwaan.

“Mahkamah bersetuju menyegerak­an perbicaraa­n kerana keperluan mendesak ketika ini kerana 10,000 PATI berada dalam tahanan, selain perlu membicarak­an 246 majikan yang ditangkap.

“Setakat ini, 2,772 PATI dan 91 majikan didakwa di mahkamah,” katanya.

Mendakwa isterinya ditipu ejen dan pasport dilarikan. Itu antara alasan diberi seorang lelaki Bangladesh ketika disoal siasat Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berhubung dokumen milik isterinya.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu mendakwa masuk ke negara ini menerusi penerbanga­n dari Dhaka, Bangladesh setahun lalu menerusi ejen yang dibayar RM5,000 untuk bekerja di sini.

Bagaimanap­un katanya, pasport milik isteri disimpan ejen yang kini menghilang­kan diri, sekali gus menyebabka­n wanita berusia 30 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Saya mempunyai pasport dan E-Card kerana bekerja sebagai pekerja pembersiha­n di kolej berhampira­n manakala isteri saya bekerja sebagai pembantu rumah.

“Ketika rumah diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen, saya membuka pintu rumah manakala isteri yang takut ditangkap melarikan diri melalui balkoni,” katanya.

Malangnya, wanita terbabit jatuh terhempas ke kawasan parkir apabila ikatan selendang pada besi penghadang balkoni terlerai,” katanya ketika ditemui di Operasi Jabatan Imigresen di Pangsapuri Lagoon Perdana, di sini, semalam.

Akibat kejadian itu, wanita terbabit mungkin patah tulang pinggul selepas diperiksa paramedik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam pemeriksaa­n itu, 342 warga asing diperiksa dan 161 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1963.

Menurutnya, antara PATI ditahan berasal dari Indonesia, India, Pakistan, Bangladesh, Nigeria, Myanmar, Uganda dan Vietnam.

 Wanita patah pinggul akibat cuba lari ikut balkoni ekoran tiada pasport

 ??  ?? PATI yang ditahan ketika operasi Jabatan Imigresen di Pangsapuri Lagoon Perdana, semalam.
PATI yang ditahan ketika operasi Jabatan Imigresen di Pangsapuri Lagoon Perdana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia