Harian Metro

Pengorbana­n dua bulan berbaloi

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Guru matematik bantu pasukan karate wanita genggam emas

Atlet karate negara M Mathivani ternyata puas apabila pengorbana­nnya selama dua bulan apabila menyumbang­kan emas untuk negara.

Dia tampil penyelamat skuad wanita negara dalam acara berpasukan apabila melakar kemenangan ke atas Vietnam bagi mengikat kedudukan 1-1 selepas Syakilla Salni Jefry Krisnan tewas aksi pembukaan.

S Shree Sharmini memberikan kemenangan kepada negara apabila turun sebagai atlet ketiga untuk membolehka­n Malaysia menang 2-1.

Mathivani yang juga guru di Beacon Internatio­nal School di Cheras, jelas gembira kerja kerasnya berhasil pada penampilan pertamanya di Sukan SEA selepas tewas acara individu.

“Saya guru matematik dan sains. Sudah dua bulan saya bekerja keras menjalani latihan dari awal pagi sehingga lewat petang.

“Saya akan memulakan rutin harian pada jam 6.30 pagi untuk berlatih dan kemudian menjelang tengah hari akan ke sekolah. Selepas itu saya akan kembali menjalani latihan sehingga jam 7.30 malam.

“Kadang-kala saya rasa bersalah kerana ada waktu tertentu terpaksa meninggalk­an pelajar,” jelasnya.

Tambahnya kejayaan itu lebih bermakna kerana turut mengalami kecederaan pangkal paha ketika Kejohanan Asia Kazakhstan. pertengaha­n Julai lalu.

“Saya terpaksa menjalani rawatan pemulihan dua minggu sebelum kembali beraksi seperti biasa,” katanya.

 ??  ?? MATHIVANI (kanan) mengasak atlet karate Thailand, Arm Sukiaw dalam acara Kumite Wanita Berkumpula­n, semalam.
MATHIVANI (kanan) mengasak atlet karate Thailand, Arm Sukiaw dalam acara Kumite Wanita Berkumpula­n, semalam.
 ??  ??
 ?? FOTO: KHAIRULL AZRY BIDIN ??
FOTO: KHAIRULL AZRY BIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia