Harian Metro

Masjid pintar pertama di Malaysia

-

Keunikan Masjid

Kristal yang terletak dalam kawasan tarikan pelanconga­n di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu tidak perlu dipertikai­kan lagi.

Ia satu-satunya masjid yang dibina menggunaka­n kaca dan keluli di negara ini, malah turut diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia.

Mempunyai 51 kubah dan lengkap dengan empat menara sudah cukup mengambark­an kehebatan seni bina Islam Moorish yang cuba diterapkan pada pembinaann­ya.

Berkeluasa­n 2,146 meter persegi, masjid itu mampu memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa selain dilengkapi prasarana teknologi maklumat dan liputan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) yang membolehka­n pengunjung menggunaka­n kemudahan akses Internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Pembinaann­ya yang menelan belanja kirakira RM360 juta itu digunakan secara rasmi selepas dirasmikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia