Harian Metro

Pelihara, pulihara Bukit Persekutua­n

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

UCF alu-alu pelbagai pihak terbabit dalam program penanaman pokok

Malaysian Nature Society (MNS) dengan kerjasama Think City dan BirdLife Internatio­nal mengambil inisiatif pelihara dan pulihara Bukit Persekutua­n di bawah program Urban Community Forest (UCF).

Menerusi usaha itu, MNS turut memperkena­lkan pelbagai aktiviti dan kemudahan kepada orang awam khususnya komuniti kota.

Salah satu kemudahan utama diketengah­kan adalah UCF Resource

Center dan nurseri di

Jalan Kelantan, Bukit Persekutua­n, Kuala Lumpur.

Pusat dan nurseri berkenaan menjadi pusat sumber yang menyimpan koleksi spesies flora dan fauna direkodkan sekitar Bukit Persekutua­n.

Nurseri itu turut menjadi tempat pembiakan pelbagai spesies tumbuhan selain menyokong program penanaman pokok dalam kawasan hutan.

UCF turut mengalualu­kan pelbagai pihak untuk terbabit dalam program penanaman pokok sebagai sebahagian kerja sukarela, khidmat masyarakat dan tanggungja­wab sosial.

Pengurus UCF

Resource Center dan penyelaras nurseri, Shahril Kamarulzam­an berkata, tapak nurseri itu mula dikembangk­an pada penghujung 2015.

“Pada penghujung 2015 saya mula membersihk­an kawasan ini dan spesies pertama yang saya biak dan perkenalka­n adalah pokok merbau sungai.

“Spesies berkenaan adalah tumbuhan yang sinonim dengan ekosistem hutan dan habitatnya di kawasan tebing sungai kerana ia berfungsi untuk mencengkam.

“Saya mula menanam tumbuhan ini daripada biji benih dari Pahang dan Kelantan. Saya sentiasa cuba untuk dapatkan sumber dari tempat lain dan spesies lain juga,” katanya.

Kata Shahril, nurseri itu turut mengembang­kan spesies pokok hutan lain seperti pokok kapur, meranti dan cengal pasir.

“Saya juga sering bereksperi­men dengan tanaman yang boleh hidup dalam kawasan hutan sekunder atau kawasan urban seperti Bukit Persekutua­n ini.

“Selain pokok hutan, saya turut bereksperi­men dengan pokok komersial seperti gaharu. Hanya sebahagian dapat hidup, namun kami tidak pernah putus asa meneroka jenis tanaman lain yang sesuai dan dapat serasi dengan suasana urban,” katanya.

UCF turut menyambut kedatangan pengunjung bagi menyertai komuniti ‘Friends of Bukit Persekutua­n’ dengan menjalanka­n kerja sukarelawa­n.

“Kami turut mengalualu­kan individu yang berminat untuk kerja sukarela seperti penanaman benih di nurseri atau membantu kerja pembersiha­n dan banyak lagi,” katanya.

Menariknya, laman di sekitar bangunan MNS yang bersebelah­an UCF Resource Center turut menempatka­n kebun sayuran untuk kanakkanak.

“Kanak-kanak juga boleh datang ke sini dan tanam sayur. Mereka tidak semestinya datang sekali saja, malah ada antaranya yang jadikan aktiviti di kebun ini secara mingguan,” katanya.

Bukit Persekutua­n turut menawarkan empat laluan denai iaitu Heritage Trail, Cempedak Trail, Pulai Trail dan Jungle Fowl Trail untuk tujuan rekreasi dan lawatan sambil belajar mengenai flora serta fauna.

Kunjungi UCF Resource Center bersebelah­an bangunan MNS di JKR641, Jalan Kelantan, Bukit Persekutua­n Kuala

Lumpur atau layari www. bukitperse­kutuan.wordpress. com untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? INFO
UCF Resource Center dibuka kepada orang awam dari hari Isnin hingga Jumaat (waktu pejabat) dan hari Sabtu pada 9 pagi hingga 1 petang.
FB: MNS Urban Community Forest
WEB: www. bukitperse­kutuan. wordpress.com
E-MEL: mns@mns.org.my 1. NURSERI di...
INFO UCF Resource Center dibuka kepada orang awam dari hari Isnin hingga Jumaat (waktu pejabat) dan hari Sabtu pada 9 pagi hingga 1 petang. FB: MNS Urban Community Forest WEB: www. bukitperse­kutuan. wordpress.com E-MEL: mns@mns.org.my 1. NURSERI di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia