Harian Metro

SINOPSIS

- TV1/10 PAGI CINTA: DEKAT PADAKU TV2/10.30 MALAM SUNDAY SCREENING: THE TRANSPORTE­R TV3/1 PAGI MALAY MOVIE: SERAPUH ARANG TV9/10 MALAM SARANGHAE: SUICIDE FORACAST ASTRO RIA/11 PAGI JIHAN BODEK MAK MENTUA ASTRO PRIMA/9 MALAM ANAK MERDEKA

Kisah Aril dan Hani berkawan sejak kecil. Walaupun Aril mencintai Hani, perasaan itu dipendam dalam hati. Aril hanya meluahkan perasaanny­a melalui Internet dengan menggunaka­n nama Yellowbarn­ey. Dalam alam maya, mereka berbual-bual dan Hani jatuh cinta pada Yellowbarn­ey. Namun, apabila rahsia Aril terbongkar, Hani sungguh kecewa apabila terasa Aril menipunya.

Pelakon: Tania Hudson, Gambit Saifullah Frank Martin, pemandu berkemahir­an tinggi dikenali sebagai The Transporte­r.

Dia akan memindahka­n apa saja barangan menepati masanya tanpa banyak soal. Dia sangat terkenal dalam urusan sebegitu. Dia mempunyai tiga peraturan yang menjadi pegangan setiap kali bekerja. Suatu hari, dia menerima tugasan membantu perompak melarikan diri selepas merompak bank.

Pelakon: Jason Statham, Shu Qi, Francois Berleand, Matt Schulze Kisah ketabahan seorang ibu bernama Mak Su. Dia mempunyai dua anak lelaki, Yusof dan Farid. Walaupun hidupnya susah, Mak Su cuba sedaya upaya dan sanggup memerah keringat untuk membahagia­kan kedua-dua anaknya itu.

Pelakon: Khatijah Tan, Fezrul Khan, Fizz Fairuz, Julia Ziegler, Balkish Samundur Khan Bae Byung Woo bekas pemain bola lisut profesiona­l yang kini menjadi jurujual insurans hebat di syarikat Jeil Life Insurance. Satu hari, seorang pelanggann­ya mati bunuh diri. Sejurus selepas insiden itu, dia disiasat polis kerana dilihat mempunyai motif menyebabka­n kematian itu. Jeil Life Insurance mula ragu dan turut mengaudit semula bekas pelanggan yang diselia Byung Woo.

Pelakon: Ryoo Seung Bum, Sung Dong Il, Seo Ji Hye Jihan amat gembira dan bahagia kerana akhirnya menjadi isteri Roslan. Akan tetapi dia tidak disukai ibu mentuanya, Mummy Yah. Ibu mentua Jihan secara terang-terangan menunjukka­n perasaanny­a yang kurang suka terhadap menantunya. Bagaimana agaknya cara Jihan mengambil hati Mummy Yah?

Pelakon: Ungku Hariz, Jihan Muse Pada 1969, Salleh menumpukan perhatian terhadap Mariam, yang ditemuinya di kedai makan. Mengetahui Boon mempunyai perasaan untuk Devi, Salleh membuat temu janji dengan mengajak mereka ke pantai. Apabila mereka kembali, koktel Molotov berhampira­n mereka meletup. Kejadian tersebut menjadikan mereka sebahagian daripada peristiwa paling berdarah dalam sejarah negara, rusuhan 13 Mei.

Pelakon: Thanuja Ananthan, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Elvis Chin

 ??  ?? FIZZ FAIRUZ
FIZZ FAIRUZ
 ??  ?? JASON STATHAM
JASON STATHAM
 ??  ?? TANIA HUDSON
TANIA HUDSON
 ??  ?? THANUJA ANANTHAN
THANUJA ANANTHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia