Dana PD NKF bantu pesakit buah pinggang
Daftar Dialisis dan
Transplan Malaysia melaporkan 9.4 peratus populasi dialisis iaitu kira-kira 3,149 pesakit sedang menjalani rawatan dialisis peritoneal di negara ini pada 2014 dan kini majoriti pesakit di Malaysia mendapatkan rawatan dialisis peritoneal mereka (CAPD dan APD) dari hospital kerajaan serta hospital universiti.
Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) barubaru ini melancarkan program dana Dialisis Peritoneal (PD) pada persidangan Asia Pasifik (APAC) pertama mengenai Terapi Kecederaan Buah Pinggang Akut (AKI) dan Terapi Pengganti Renal Berterusan (CRRT) yang diadakan bersempena Kongres Tahunan Ke-33 Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN).
Program dana PD NKF bertujuan memberikan bantuan kewangan kepada pesakit kegagalan renal tahap akhir (ESRF) yang ingin melakukan dialisis peritoneal CAPD dan APD sebagai pilihan utama terapi penggantian buah pinggang.
Pengerusi Lembaga Pengarah NKF Datuk Dr
Zaki Morad Mohamad
Zaher berkata, program bantuan kewangan PD di NKF bermula pada 2016 dan penubuhannya sebagai cara untuk menyediakan pembiayaan bagi pesakit CAPD dan APD dengan mendedikasikan peratusan sumbangan yang diterima untuk inisiatif itu.
Katanya, memandangkan peningkatan pesakit yang menjalani rawatan PD di Malaysia, NKF sedang mencari cara untuk membantu pesakit terbabit.
“Jabatan perubatan dan jabatan kebajikan akan melaksanakan program dana PD NKF untuk membantu pesakit ESRF yang tidak berkemampuan untuk membolehkan mereka meneruskan hidup dengan rawatan PD,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dana PD NKF.
Turut hadir, Ahli
Lembaga NKF Dr Lee Wan Tin yang menerangkan menerangkan kriteria pesakit, proses permohonan dan pengeluaran untuk memahami aliran kerja program dana PD.
Dr Lee berkata, NKF akan mengeluarkan surat jaminan kepada syarikat bekalan PD berkaitan yang menjamin pembayaran untuk bekalan PD selama setahun untuk setiap pemohon yang berjaya.
Menurutnya, bekalan PD akan dihantar ke rumah pemohon yang berjaya oleh syarikat bekalan dan invois akan dikeluarkan kepada NKF.
“Selepas pengesahan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat NKF, Jabatan Kewangan NKF akan membuat bayaran yang sesuai kepada syarikat pembekalan PD setiap bulan,” katanya.
Sempena pelancaran itu, tiga organisasi utama iaitu Lucenxia, Fressenius dan Baxter turut menawarkan bantuan kepada NKF dalam menyediakan rawatan PD kepada pesakit buah pinggang di negara ini yang tidak berkemampuan dan berkelayakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai NKF atau untuk menderma terhadap usaha organisasi, sila layari www. nkf.org.my.