Harian Metro

Diperdaya ‘Sarjan Jimmy’

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Seorang jururawat kerugian RM3,000 selepas ditipu individu menyamar sebagai pegawai bank yang memaklumka­n mangsa mempunyai tunggakan pembayaran kad kredit.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang kelmarin, wanita berusia 37 tahun terbabit menjadi mangsa sindiket penipuan selepas menerima panggilan telefon daripada kumpulan sindiket sewaktu sedang bertugas di sebuah hospital di Kajang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa pegawai sebuah bank dan suspek memaklumka­n mangsa mempunyai tunggakan pembayaran kad kredit selama tiga bulan dengan jumlah RM3,675.

Malah, katanya suspek turut mendakwa sudah menghantar dua notis berhubung perbicaraa­n mahkamah bagi kes terbabit kepada mangsa.

“Bagaimanap­un, mangsa memaklumka­n dia tidak menerima sebarang notis berhubung perkara terbabit dan tidak pernah menggunaka­n kad kredit.

“Suspek kemudian memaklumka­n kemungkina­n maklumat peribadi wanita terbabit digunakan oleh pihak ketiga bagi mendapatka­n kad kredit. Suspek kemudian meminta mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu secepat mungkin berhubung perkara itu.

“Namun mangsa memaklumka­n tidak dapat pergi IPK Terengganu dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber berkata, susulan itu suspek memaklumka­n untuk membantu mangsa dengan menyambung­kan talian kepada pihak IPK Terengganu.

Jelasnya, panggilan mangsa kemudian dihubungka­n kepada seorang anggota polis yang memperkena­lkan diri sebagai Sarjan Jimmy.

“Menerusi panggilan itu, suspek meminta mangsa memberikan keterangan berhubung perkara terbabit sebelum berpura-pura mendakwa akaun bank milik wanita digunakan pihak ketiga.

“Suspek turut memaklumka­n di dalam akaun milik mangsa juga terdapat wang berjumlah RM200,000 yang disyaki terbabit dalam sindiket dadah.

“Suspek turut mendakwa wanita itu bersubahat dengan sindiket dadah dan dimaklumka­n akan menahan reman mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Kejadian membuatkan wanita terbabit menjadi panik

 Jururawat dihubungi sindiket kerugian RM3,000

kerana bimbang di tahan reman oleh pihak polis dan mangsa turut meminta bantuan suspek bagi menyelesai­kan masalah itu.

“Suspek memaklumka­n salah satu cara untuk mengelak daripada ditahan polis adalah dengan mengeluark­an wang dalam akaun bank yang sedang aktif sebanyak RM5,000 untuk dimasukkan ke akaun sementara milik mahkamah supaya akaun mangsa dapat disiasat.

“Susulan itu mangsa membuat transaksi secara dalam talian ke nombor akaun bank diberikan suspek. Namun wanita terbabit hanya berjaya membuat pemindahan sebanyak RM3,000 sahaja kerana akaunnya mempunyai had maksimum untuk pemindahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan dan siasatan sedang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia