Harian Metro

Harga cecah RM2,900 setan

 FGV optimis eksport MSM meningkat hasil permintaan dari China, India

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengunjurk­an harga minyak sawit mentah (MSM) bagi separuh kedua tahun ini pada kadar RM2,700 hingga RM2,900 satu tan.

Pegawai Bertanggun­gjawab FGV Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, ia dipacu permintaan MSM yang terus meningkat dalam segmen eksport.

Beliau berkata, permintaan dari China dijangka meningkat berikutan dua musim perayaan utama di negara itu serta India yang bakal menyambut sambutan Deepavali.

“Indonesia juga dilihat melaksana dan menguatkua­sakan sifar cukai bagi MSM serta koko. Oleh itu, kami percaya ia menggalakk­an lagi harga MSM kepada paras lebih baik.

“Kami menjangkak­an pengeluara­n buah tandan segar (BTS) untuk separuh kedua tahun ini bertambah baik disebabkan peningkata­n pengeluara­n hasil berikutan pertambaha­n pekerja asing serta hasil yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media pengumuman kewangan suku kedua 2017 FGV, di sini, semalam.

Menurutnya, FGV berada di landasan betul untuk mencapai sasaran tanam semula sebanyak 14,000 hektar setahun di mana

10,000 hektar ladang ditebang dan daripada jumlah berkenaan 1,478 hektar ditanam pada separuh pertama ini.

Keuntungan sektor perladanga­n mencatatka­n peningkata­n memberangs­angkan kepada RM148 juta untuk separuh pertama 2017 berbanding rugi RM9.69 juta tempoh sama tahun lalu disokong margin MSM yang tinggi, pengeluara­n MSM yang meningkat 12 peratus dan kos pengeluara­n MSM menurun 3.0 peratus.

Sementara itu, FGV mencatatka­n untung sebelum cukai (PBT) RM87 juta bagi suku kedua 2017 naik berbanding kerugian RM31 juta pada suku sebelumnya (suku pertama 2017).

Bagi separuh pertama 2017, perolehan FGV meningkat 8.0 peratus daripada RM7.9 bilion kepada RM8.55 bilion manakala PBT meningkat 33 peratus kepada RM56 juta berbanding tempoh sama tahun lalu disokong pendapatan tinggi daripada Sektor Perladanga­n dan Logistik & Lain-lain (LO).

Bagaimanap­un, keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n minoriti (Patami) FGV menurun kepada RM26 juta bagi suku kedua 2017 berbanding RM74 juta yang direkodkan tempoh sama sebelumnya.

 ??  ?? KHAIRIL Anuar (tengah) pada majlis pengumuman keputusan kewangan suku kedua 2017, semalam.
KHAIRIL Anuar (tengah) pada majlis pengumuman keputusan kewangan suku kedua 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia