Harian Metro

GALI KUBUR SENDIRI

- Agensi

Seorang lelaki yang merancang upacara pengebumia­nnya termasuk menggali kuburnya sendiri kira-kira 38 tahun lalu akhirnya meninggal dunia.

Stanley Muriuki meninggal dunia dan dikebumika­n mengikut apa yang diimpikann­ya dalam satu upacara di kampung Karogoto di daerah Nyeri baru-baru ini.

Lelaki itu dilaporkan menggali kuburnya sendiri pada 1979 dan membuat wasiat mengenai apa yang dihajati ketika upacara pengebumia­nnya nanti.

Dalam wasiat itu, Muriuki mahu dipakaikan sut kapas ketika upacara penghormat­an terakhir dan dikebumika­n dalam keranda mahogani.

Muriuki juga menulis kata-kata ucapan pada batu nisannya sendiri serta membina sebuah rumah mayat di mana dia mahu mayatnya nanti disimpan selama lapan hari sebelum dikebumika­n.

Lelaki itu secara terperinci meminta mayatnya diletakkan di atas habuk kayu dan arang serta menggantun­g beberapa herba di dalam bilik mayat.

Muriuki juga mahu anaknya bergilir menjaga mayatnya sepanjang masa supaya tidak digigit tikus.

Seorang anak lelaki Muriuki, Charles berkata, ketika masih kecil dia tidak faham mengapa bapanya menggali kubur dan membuat persediaan untuk upacara pengebumia­nnya sendiri.

“Apabila saya semakin dewasa baru saya sedar perkara itu sangat penting bagi bapa saya dan faham tujuannya itu,” katanya.

Menurutnya, dia membuat semua yang dipinta oleh bapanya tetapi dia tidak mampu membeli keranda mahogani kerana kekurangan wang.

“Saya membeli keranda biasa dan empat kayu mahogani untuk diletakkan bersama mayat bapa ketika dikebumika­n,” jelasnya.

 Lelaki disemadika­n dalam makam digalinya 38 tahun lalu

 ??  ?? AHLI keluarga Muriuki memegang potret lelaki itu ketika upacara pengebumia­nnya. - Agensi
AHLI keluarga Muriuki memegang potret lelaki itu ketika upacara pengebumia­nnya. - Agensi
 ??  ?? KUBUR yang digali Muriuki kira-kira 38 tahun lalu sebelum dia dikebumika­n di situ. - Agensi
KUBUR yang digali Muriuki kira-kira 38 tahun lalu sebelum dia dikebumika­n di situ. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia