Harian Metro

Padah ‘ingin tahu’

- Daily Mail

 Kanak-kanak dibedah keluarkan 26 bebola magnet bergumpal dalam pundi kencing

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun terpaksa dibedah untuk mengeluark­an 26 bebola magnet yang dimasukkan ke dalam kemaluanny­a.

Budak dari timur China itu dilaporkan mengalami kesakitan dan berdarah selepas memasukkan rangkaian magnet itu ke dalam kemaluanny­a kerana perasaan ‘ingin tahu.’

Susulan itu, doktor melakukan sistotomi sebelum berjaya mengeluark­an semuanya dari pundi kencing budak lelaki itu.

Kankanews melaporkan budak yang identitiny­a tidak didedahkan itu dibawa ke Hospital Kanak-kanak Yuying di Wenzhou, wilayah Zhejiang di mana bebola magnet berkenaan dikesan.

Dr Wang Yongbiao berkata, bebola berkenaan tersusun dalam dua barisan dan terperangk­ap di bahagian uretra prosterior.

“Akibatnya saluran itu tersumbat menyebabka­nnya bengkak dan berdarah.

“Prosedur mengeluark­annya sebenarnya rumit kerana bebola magnet berkenaan terlalu kecil.

“Setiap bebola mempunyai diameter tiga milimeter. Apabila tersusun dalam dua barisan ia menjadi dua kali ganda lebih lebar iaitu enam milimeter,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia memutuskan menolak bebola berkenaan ke pundi kencing kanak-kanak itu dan menggunaka­n forseps sistoskopi­k untuk mengeluark­an objek kecil itu satu persatu.

Malangnya, semua bebola berkenaan bergumpal di dalam pundi kencing dan tidak dapat dipisahkan menyebabka­n kanak-kanak itu terpaksa menjalani sistotomi selama dua jam untuk mengeluark­annya.

“Bebola seperti ini amat berbahaya untuk kanak-kanak kerana boleh ditelan atau dimasukkan ke dalam badan. Sebelum ini saya pernah berdepan dua kes membabitka­n bebola magnet seperti ini yang mengancam kanak-kanak,” katanya.

 ??  ?? IMBASAN X-ray menunjukka­n bebola berkenaan bergumpal di dalam saluran kencingnya. - Daily Mail
IMBASAN X-ray menunjukka­n bebola berkenaan bergumpal di dalam saluran kencingnya. - Daily Mail
 ??  ?? menunjukka­n DR Wang
26 bebola yang 15 daripada
- Daily Mail dikeluarka­n.
menunjukka­n DR Wang 26 bebola yang 15 daripada - Daily Mail dikeluarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia