Harian Metro

MISI GEGAR CHINA

- Aziman Rosdi & Firdaus Hashim sukan@hmetro.com.my

 Kim Swee mahu pemain tumpu Kejohanan AFC B-23 tahun depan

Kuala Lumpur

Kegagalan meraih pingat emas pada saingan Sukan SEA bukan penamat buat skuad bawah 22 tahun (B-22) negara.

Ini kerana barisan pemain ini bakal menjadi taruhan negara untuk melakar kejayaan lebih besar di pentas lebih berprestij di pusingan akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China tahun depan.

Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya segera bangkit daripada kekalahan tipis 0-1 kepada Thailand pada final di Stadium Shah Alam malam kelmarin. “Selepas ini kita ada tugasan di Kejohanan AFC (B-23). Kita akan berkumpul semula Disember ini sebelum memulakan kempen di China. Biarpun kita kalah, saya percaya kita dalam landasan tepat.

“Ada sedikit perubahan pemain berbanding kita tewas 0-3 kepada Thailand di pusingan kelayakan AFC di Bangkok bulan lalu dan kali ini kita lebih matang dalam permainan untuk menyaingi mereka,” katanya.

Biarpun Kim Swee seakan sudah merancang persiapan seterusnya ke China namun tanda tanya mengenai kedudukann­ya untuk terus membimbing pasukan masih berlegar memandangk­an kontraknya bakal berakhir hujung tahun ini.

Adakah kegagalan mengulangi kejuaraan 2011 di Sukan SEA Jakarta bakal mendorong FAM membuat pertimbang­an semula biarpun kontrak beliau dikatakan bakal disambung selepas kejayaan membawa pasukan layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 buat kali pertama secara automatik.

Suka atau tidak, Kim Swee yang sebelum ini yang mengambil alih tugas Frank Bernhardt adalah watak penting dalam dua kejayaan pasukan tahun ini.

Biarpun seperti diturunkan pangkat daripada mengendali­kan skuad Harimau Malaya kepada skuad B-22 Mac lalu, komitmen pengendali kelahiran Melaka itu tidak boleh dipertikai­kan.

Pelbagai kesukaran seperti kesuntukan masa dan kegagalan mendapatka­n pemain utama kerana jadual padat Liga-M dihadapiny­a namun masih berjaya mengemudi pasukan dalam dua tugasan besar tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia