Harian Metro

Terkilan komen negatif

- DARI MUKA 1

Iswan akui belum cukup kuat terima kritikan merendahka­n dirinya

“Saya dapat tahu gambar ini tular petang Jumaat lalu selepas dimaklumka­n peminat. Pada masa sama saya perasan jumlah ‘like’ gambar ini banyak daripada kebiasaan. Saya memang tidak ada sebarang niat atau tujuan ketika memuat naik gambar ini.

“Menerusi keterangan gambar saya meletakkan ‘hashtag’ #meninunifo­rm. Kebetulan drama lakonan saya berjudul Ops Cinta Din Sardin sedang ditayangka­n di TV9 yang melakonkan watak pegawai JPJ.

“Saya tidak tulis pun sebarang ayat mengatakan wajah kami seriras atau meminta peminat bandingkan.

Bagi saya ini semua atas penilaian peminat. Saya tidak marahkan mereka cuma terkilan apabila ada yang komen negatif,” kata pelakon berasal dari Singapura ini.

Iswan mengakui dia terasa hati dengan komen negatif ditulis pengguna laman sosial sehingga memaksanya memadam gambar itu.

Iswan berkata, dia belum cukup kuat untuk menerima segala kritikan dan komen yang menjatuhka­n atau merendahka­n dirinya.

“Saya baca setiap komen yang ditulis.

Bagi yang memuji saya mengucapka­n terima kasih. Sebaliknya yang mengutuk membuatkan saya sakit hati. Sehinggaka­n ada yang menulis perkataan lucah.

“Secara peribadi saya tidak perlukan komen negatif pada setiap gambar. Kalau boleh saya inginkan suasana harmoni dan tenang di laman sosial.

Saya pula jenis yang mudah terasa, jadi tidak suka apabila jadi perkara sebegini.

“Mungkin juga sebab saya masih baru dalam bidang ini, jadi belum terbiasa dikecam peminat. Insya-Allah selepas ini saya cuba tenangkan hati dan berlapang dada,” katanya.

TAK KISAH KERAP DITAWAR WATAK PEMBANTU

Berkongsi mengenai kerjaya lakonannya, Iswan bersyukur apabila dihujani tawaran berlakon selepas membintang­i drama Hero Seorang Cinderella.

Pada masa sama, Iswan yang baru menamatkan pengajian di peringkat sarjana lega apabila dapat bergerak aktif dalam bidang ini.

“Alhamdulil­lah, tawaran berlakon tidak putus. Biarpun hanya melakonkan watak pembantu, saya okey dan anggap ia rezeki. Lagipun, saya tidak mahu terburu-buru. Biarlah saya bermula dari bawah dan belajar selok-belok dunia lakonan.

“Saya juga berterima kasih kepada majikan di Singapura kerana memberi kelonggara­n untuk berlakon. Ikutkan saya nak bekerja secara sambilan, tetapi mereka menolak. Sebaliknya saya diberikan waktu bekerja bebas,” katanya yang bertugas sebagai konsultan sains hayat dan kesihatan.

Iswan yang baru muncul dalam drama Pinggan

Tak Retak Nasi Tak Dingin bakal muncul dalam drama Muzium Misteri di slot Kelakarama.

Selain itu, Iswan juga bakal terbabit dalam drama bersiri 24 episod Kerana Syurga Bukan Percuma bagi tayangan Astro Oasis. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ?? ISWAN (kiri) dan Putera Mateen yang tular di Instagram.
ISWAN (kiri) dan Putera Mateen yang tular di Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia