Harian Metro

Minyak pati tingkatkan mental, fizikal

-

menawarkan pelbagai kegunaan daripada kecantikan kepada kesihatan fizikal dan juga kesejahter­aan emosi. Pilihan minyak pati bergantung khususnya pada tujuan atau keperluan individu.

Minyak pati diserap menerusi kulit dan sedutan. Justeru, terdapat pelbagai kaedah aplikasi dicipta berasaskan kesan diingini.

Ia boleh digunakan sebagai minyak tunggal atau adunan minyak yang saling melengkapi untuk menghasilk­an kesan bersama. Amalan aplikasi umum termasuk: Aplikasi aroma - Minyak pati boleh disedut dengan kesan positif yang nyata terhadap emosi dan daya tumpuan. Resapan ialah salah satu cara paling mudah untuk menggunaka­n minyak pati beraroma.

Ini dilakukan menggunaka­n alat peresap ultrasonik, yang meresapkan udara dingin atau udara suhu bilik kerana haba boleh menjejaska­n kualiti minyak pati. Secara alternatif, anda boleh menyapukan minyak pati pada tapak tangan dan menekup mulut dan hidung dengan tangan sambil menarik nafas.

Aplikasi topikal

Minyak pati boleh disapukan setempat pada kulit menggunaka­n pelbagai teknik. Kulit boleh menyerap sebatian aktif dalam minyak pati untuk mencapai kesan setempat. Disebabkan kekuatan dan kepekatan minyak pati, disyorkan supaya sesetengah minyak pati dicairkan dulu dalam bahan pembawa, lazimnya minyak sayuran tul en, sebelum disapukan pada bahagian badan yang diingini.

Tanpa mengira usia, pekerjaan atau kediaman anda, setiap individu boleh mendapat manfaat minyak pati dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Biasanya minyak pati digunakan untuk:

Mengharumk­an kediaman - rumah ibarat syurga kebahagiaa­n seisi keluarga, di mana kenangan terindah diukir bersama keluarga dan sahabathan­dai. Pulang ke ruang tamu yang membolehka­n anda merehatkan dan menenangka­n fikiran dengan resapan adunan minyak pati untuk mencetus suasana nyaman yang sejahtera dan harmoni.

Mencipta suasana istirahat yang selesa di dalam bilik tidur Pemilihan minyak pati lavender dengan aroma yang menyamanka­n dan menyegarka­n amat diperlukan di setiap rumah dan ia adalah teman sejati untuk membantu anda tidur nyenyak sepanjang malam. Sementara itu, kayu cedar menghasilk­an haruman bumi hangat yang menimbulka­n suasana santai dan mencetus ketenangan fikiran.

Menyegarka­n - Buah lemon sememangny­a berguna dan bermanfaat lebih-lebih lagi untuk beberapa fungsi yang sangat diperlukan! Minyak pati lemon terdiri daripada 68 peratus dlimonene, sejenis antioksida­n kuat dan mempunyai bau sitrus yang ketara, bersih dan tulen

Untuk menulenkan dan menyegarka­n udara di dalam bilik air. Jenama ini turut menyediaka­n minyak pati yang boleh memberikan kesan sebanding dengan haruman yang diadun, menghasilk­an bauan semerbak dan menyegarka­n sambil meneutralk­an bau busuk.

Rangkaian produk

Young Living menyediaka­n alternatif yang selamat dan semula jadi bagi membersihk­an rumah dan membasmi bakteria sekali gus memberikan keselesaan dan menambah emosi gembira dan menyerlahk­an lagi kecantikan luaran serta dalaman setiap individu.

 ??  ?? ANTARA minyak
pati yang memberikan
pelbagai manfaat kepada
individu.
ANTARA minyak pati yang memberikan pelbagai manfaat kepada individu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia