Harian Metro

Perkuatkan ekosistem perniagaan

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Rangkaian Pemimpin

Muda (WYN) dari Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) menutup tirai penganjura­n edisi ketiga WIEF IdeaLab 2017 yang berlangsun­g bulan lalu.

Seramai 400 peserta dari 35 negara menyertai persidanga­n yang diadakan selama dua hari itu.

Menariknya, penganjura­n tahun ini memfokuska­n pada sasaran untuk memperkuat­kan ekosistem perniagaan baru di Asia Tenggara.

Pengerusi Rangkaian Pemimpin Muda WIEF, Ebrahim Patel berkata, serantau Asia Tenggara menyediaka­n pelbagai peluang khususnya untuk perniagaan baru (startup).

“Sebagai pusat peningkata­n ekonomi global, Asia Tenggara menawarkan pelbagai peluang terutamany­a untuk perniagaan baru dan usahawan.

“Tidak dinafikan perniagaan baru dilihat sebagai pemacu sosioekono­mi serta transforma­si pasaran serantau dengan inovasi dan keusahawan­an menjadi agenda utama di banyak negara Asia Tenggara termasuk Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, kapitalis usaha niaga global

(global venture capitalist) terus mencari peluang pelaburan dalam ekosistem perniagaan baru Asia Tenggara kerana lambakan bakat (talent pool) dan potensi pertumbuha­n pesat.

“Kami membawa bersama firma kapitalis usaha niaga global dan pelabur swasta untuk melabur di peringkat awal pertubuhan syarikat termasuk peringkat idea bagi perniagaan baru di seluruh Asia Tenggara.

“Inisiatif ini diharap

400 peserta

dari 35 negara

sertai persidanga­n

2 hari

dapat memperliha­tkan WIEF IdeaLab 2017 sebagai contoh utama selari dengan nilai yang diketengah­kan Yayasan WIEF kepada peserta,” katanya.

Turut hadir pada persidanga­n WIEF IdeaLab 2017 itu adalah Setiausaha Agung Yayasan WIEF Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Antara acara kemuncak pada persiangan berkenaan adalah IdeaLab Pitch atau sesi perkongsia­n yang menjadi platform bagi 31 perniagaan baru di Asia Tenggara.

Pemilik perniagaan mempersemb­ahkan idea mereka bagi meraih pelaburan daripada kapitalis usaha niaga global yang turut serta dalam perbincang­an itu.

Selepas 31 idea dipersemba­hkan, hanya 10 idea menarik dipilih dan disenarai pendek dan selepas barisan hakim perbincang­an, beberapa idea menarik minat pelabur seperti Moneybay, Zap Zap Math, CheQQme, Glueck, BolehCompa­re dan Moovby.

Pada persidanga­n sama, penganjur turut menyelitka­n pelbagai acara tersendiri antaranya ‘Ideation Stage’ iaitu perbincang­an topik berkaitan dengan senario perniagaan baru di Asia Tenggara yang dibincangk­an pemimpin industri.

‘Networking Pods’ turut dibangunka­n sebagai platform dalam talian dan luar talian untuk mewujudkan perbualan santai antara peserta ketika acara berlangsun­g.

Ketika program itu juga peserta terutama pemilik perniagaan baru berpeluang mendapatka­n nasihat berkaitan perniagaan seperti undangunda­ng, perhubunga­n awam dan pemasaran di IdeaClinic.

Penganjura­n WIEF IdeaLab 2017 selari dengan salah satu daripada lima elemen yang bakal dibincangk­an dalam

WIEF ke-13 tahun ini iaitu ‘Entreprene­urship and Emerging Spaces’.

WIEF IdeaLab 2017 adalah salah satu siri acara penting dianjurkan sempena WIEF ke-13 yang bakal diadakan pada 21-23 November ini di Kuching, Sarawak.

 ??  ?? PATEL (tengah) bersama sebahagian peserta dan kapitalis
usaha niaga global yang terbabit selepas
sesi perkongsia­n.
PATEL (tengah) bersama sebahagian peserta dan kapitalis usaha niaga global yang terbabit selepas sesi perkongsia­n.
 ??  ?? PATEL (kanan) bersama tetamu kehormat
yang lain melawat pameran.
PATEL (kanan) bersama tetamu kehormat yang lain melawat pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia