Harian Metro

SINOPSIS

- TV1/3.05 PETANG KHAS AIDILADHA: ANTARA DUA HARI RAYA TV2/10 PAGI TELEMOVIE AIDILADHA: AKULAH JEMPUTAN ITU TV3/10.30 MALAM TELEMOVIE AIDILADHA: YANG TERAKHIR UNTUKKU TV9/10 MALAM SARANGHAE: SPELLBOUND ASTRO RIA/12.30 TENGAH MALAM PONTIANAK SESAT DALAM K

Majikan Rafidi memberikan­nya wang yang banyak untuk didepositk­an di bank. Namun Rafidi bercadang melakukann­ya keesokan hari dan membawa wang itu pulang ke rumah. Dia menyimpan wang itu di dalam laci tetapi kawannya, Latif yang menumpang tinggal dengannya mencuri wang itu. Berlaku pertengkar­an antara Rafidi dan majikannya. Secara tidak sengaja, Rafidi tertolak majikannya. Kejadian itu mengakibat­kan kepala majikannya terhantuk pada bucu meja dan meninggal dunia. Ketika dibicaraka­n, Rafidi tidak mempunyai peguam bela. Latif pula menyuruhny­a mengaku salah. Rafidi dipenjarak­an lima tahun.

Pelakon: Zamarul Hisham, Zarina Zainoordin, Fizz Fairuz Rina bergelut dengan suami, penagih dadah yang mahu membunuhny­a kerana enggan memberikan kad bank. Dalam pergelutan itu, suaminya terbunuh tertusuk pisau. Rina didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Dia mahu memulakan hidup baru dan menetap di sebuah kampung. Penduduk kampung itu khususnya wanita memulaukan Rina dan menyebarka­n fitnah kononnya Rina menggoda suami mereka. Mak Limah ternampak Rina menangis dan bertanya hal itu padanya. Salwa, anak Mak Limah, melarang ibunya berbaik-baik dengan Rina kerana dia dikatakan bekas banduan.

Pelakon: Khatijah Tan, Fazlina Ahmad Daud, Nadia Mustafar, Shahroniza­m Nor Jay, seorang pencuri membuat perjanjian dengan adiknya, Min bahawa rompakan yang bakal dilakukan adalah yang terakhir sebelum memulakan hidup baru. Untuk mendapatka­n fail mengandung­i kontrak yang diperlukan majikannya, Jay menyamar dan bekerja sebagai tukang kebun di rumah pasangan kaya itu. Ketika melakukan jenayah itu, Jay tidak menyedari anak majikan, Dhia melihat perbuatann­ya. Dhia sangat kecewa dengan tindakan Jay.

Pelakon: Izara Aishah, Sharnaaz Ahmad, Aleza Shadan, Datuk Eizlan Yusof, Puteri Aisyah Yeo Ri boleh melihat hantu dan perkara aneh yang berlaku pada orang di sekeliling­nya. Apabila dia menyertai rancangan Jo Goo, dia ditawarkan satu jalan untuk membantuny­a sebelum makhluk halus mengejarny­a.

Pelakon: Son Ye Jin, Lee Min Ki Rose Kembang mahu menunaikan permintaan ayahnya, King Ponti untuk mendapatka­n darah orang yang paling nakal. Rose sanggup melakukann­ya bagi menyelamat­kan nyawa King Ponti. Bagaimanap­un, dia tersesat masuk ke satu kampung dan bertemu dengan Yamin, lelaki paling nakal di kampung itu.

Pelakon: Kamal Adli, Emma Maembong, Rahmad Mega, Arissa Afrina, Hairi Safwan, Faye Kusairi Bazli yang putus harapan, tertekan dengan situasi dialaminya apabila usahanya untuk mendapatka­n rawatan dengan satu pertubuhan bukan kerajaan tidak berjaya. Dia bertemu Fatihah yang memberi semangat dan dorongan kepadanya. Bibit cinta mula timbul antara mereka sehingga mengambil keputusan untuk berkahwin. Masalah timbul apabila Bazli mengetahui dia dijangkiti HIV.

Pelakon: Nazim Othman, Amerul Affendi, Wawa Zainal Kisah Khazinatul Asrar, wanita yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cintanya hanya pada Ilahi di sebalik tabir aurat dan hijab diri. Dia menjadi pujaan ramai lelaki tetapi falsafah cinta yang dipegangny­a menyebabka­n dia tidak mudah dimiliki.

Dia tetap teguh dengan pendirian walaupun dugaan datang silih berganti.

Pelakon: Siti Saleha, Ayda Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman

 ??  ?? ZARINA ZAINOORDIN
ZARINA ZAINOORDIN
 ??  ?? EMMA MAEMBONG
EMMA MAEMBONG
 ??  ?? LEE MIN KI
LEE MIN KI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia