Awak sangat biadab!
Kakak mangsa nahas nyaris terbunuh luah perasaan
“Pada kereta berkenaan, awak sangat biadab. Awak buat adik saya seinci dengan kematian,” kata pengguna Facebook (FB) Nojahwati Sohaini, 34, berkongsi status peribadinya berhubung insiden kemalangan membabitkan Perodua Kenari dipandu adik lelakinya, kelmarin.
Nojahwati berkongsi status berkenaan susulan tular mengenai kemalangan membabitkan kenderaan dipandu adik lelakinya, Mohd Firdaus Sohaini, 22, berjaya dirakam menerusi
sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Ulu Penggeli-Bandar Tenggara.
Video berdurasi satu minit dan empat saat itu memperlihatkan kemalangan hampir meragut nyawa dua sahabat itu ketika mengelak sebuah kereta BMW yang cuba memotong lori di hadapannya dalam kejadian 3.59 petang.
Kejadian itu menyebabkan mangsa terpaksa mengelak ke kiri sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di bahagian kanan jalan berkenaan.
Nojahwati berkata, dia bertindak tularkan video berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap pemandu kereta berkenaan.
“Saya marah dengan kelakuan pemandu BMW berkenaan. Kalau betul-betul dia salah, sepatutnya dia berhenti membantu atau memohon maaf.
“Ini tidak, dia terus memandu laju menyebabkan nyawa adik lelaki dan rakannya dalam bahaya akibat perbuatannya memotong kenderaan di hadapannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, kejadian itu mengakibatkan adik lelakinya trauma manakala rakannya dikejarkan ke Hospital Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang oleh orang awam di lokasi dengan van.
“Kemalangan itu mengakibatkan rakan adiknya menerima lima jahitan di kepala akibat kemalangan itu, manakala adik lelaki saya masih trauma,” katanya.
Nojahwati
Sohaini turut dipetik di laman Facebooknya berkongsi keadaan adik lelakinya digelar
Daus, menghadapi kemalangan, namun selamat.
“Tq (terima kasih).. Jadi saya nak viralkan pe yang awak da buat.. Moga kalau awak nampak tadi.. Awak sedar.
“Mana undang-undang yang awak pakai.. tidak guna dapat lesen kalau camni (macam ni) cara pemanduan awak,” katanya berkongsi perasaan kesalnya.
Ditanya mengenai kejadian itu katanya, adik lelakinya yang juga penuntut diploma Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam sedang bercuti dalam perjalanan ke Johor bersama rakannya.
“Sebelum itu dia mendapat kebenaran daripada ibu bapa kami dan dalam perjalanan dari rumah keluarga di Taman Sri Lambak, Kluang ke Johor Bahru. kejadian sebuah “Pada petang kejadian, saya dihubungi adik yang memaklumkan mengenai kemalangan itu sebelum saya dan suami bergegas ke lokasi itu bersama kenderaan tunda,” katanya.
Pada masa sama katanya, kejadian itu berjaya dirakam sebuah kereta yang memandu di belakang kenderaan adiknya.
“Ketika kejadian pemilik rakaman video itu berhenti untuk membantu adik dan berjanji mahu mengirimkan rakaman video berkenaan,” katanya.
Katanya, laporan berkenaan kemalangan itu dibuat adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, kelmarin.