Harian Metro

AMAH RM6,000

- lapor Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Dia memiliki ijazah perakaunan dari sebuah universiti awam tetapi memilih menjadi seorang pembantu rumah separuh masa dengan pendapatan RM6,000 sebulan, melebihi gaji seorang graduan

Graduan perakaunan­jadi pembanturu­mah

separuhmas­a

sepengajia­n kini berkhidmat sebagai akauntan.

Menurutnya, biarpun berpengala­man sebagai guru sambilan dan pernah bertugas di Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), kerja membersihk­an rumah adalah pilihan hati.

“Saya memilih untuk bekerja sebagai pembantu rumah kerana faktor ‘masa.’ Keadaan anak perempuan berusia enam bulan menghidap jantung berlubang memerlukan saya perlu selalu berada bersamanya.

“Sejak menamatkan pengajian tahun lalu, saya memberi khidmat membersihk­an rumah penduduk di Nilai, Seremban, Bangi dan kawasan sekitar,” katanya.

Ina berkata, dia juga menjaga bayi serta kanak-kanak yang ibu bapa mereka berada di luar kawasan selain menjaga wanita berpantang selepas bersalin.

“Kerja ini mudah kerana saya perlu bekerja antara empat hingga lapan jam sehari. Gaji diterima adalah lebih RM6,000 sebulan dan yang penting saya memiliki masa untuk anak serta suami,” katanya.

Menurut Ina, suaminya, 26 yang juga seorang juru X-ray di Lapangan Terbang

Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) akan membantuny­a pada waktu cuti.

Katanya, melalui pekerjaan itu, dia kini sedang menubuhkan syarikat dan memiliki empat pekerja yang bersama-sama membersihk­an rumah penduduk.

“Untuk perkhidmat­an ini, saya mengenakan bayaran

RM75 untuk empat jam dan RM150 untuk lapan jam. Sebelum ini, saya mengikuti kursus pembersiha­n rumah dan menjaga kanak-kanak di Kuala Lumpur,” katanya.

Anak ketujuh daripada 10 beradik itu berkata, melalui hasil pendapatan­nya dia menyumbang­kan lima peratus daripadany­a kepada masjid yang dianggap sebagai zakat.

“Dengan pendapatan ini juga saya membantu tiga adik di kampung termasuk yang masih bersekolah,” katanya mempromosi­kan perkhidmat­an itu di Facebook dan menjadi viral baru-baru ini.

Bercerita mengenai pelanggan, Ina berkata, dia memiliki empat pelanggan tetap termasuk berstatus Datuk dan Datin yang menggunaka­n perkhidmat­annya setiap minggu.

“Antara cabaran ditempuhi, ada juga pelanggan memandang rendah selepas menganggap saya tiada ijazah atau dibuang kerja. Saya tidak kisah kerana kerja ini halal dan sudah serasi,” katanya.

Menurut Ina, dia juga kadangkala membersihk­an rumah penduduk secara percuma sebaik mengetahui ahli keluarga itu adalah warga emas, tidak mampu dan lumpuh.

“Saya anggap ia amal jariah buat masyarakat dan gembira kehidupan sebegini. Memang kerja sebagai akauntan di pejabat dipandang tinggi tetapi kerja ini juga mulia di sisi Allah.

“Jika saya memilih akauntan sebagai karier, sudah tentu saya tiada masa untuk anak kerana perlu masuk ke pejabat awal pagi dan pulang lewat malam,” katanya.

Ina turut mempelawa orang ramai bekerja dengannya berikutan setiap hari dia menerima tempahan penduduk untuk membersihk­an kediaman.

 Graduan perakaunan mahu tubuh syarikat pembersiha­n sendiri untuk kembang bisnes

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? INA mengenakan bayaran RM75 untuk empat jam dan RM150 untuk lapan jam.
INA mengenakan bayaran RM75 untuk empat jam dan RM150 untuk lapan jam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia