Harian Metro

BAYI DALAM RAGA

- Amrullah Abdul Karim

 Isteri orang jalin hubungan terlarang bertindak letak bayi bertali pusat dalam raga motosikal

Bimbang hasil hubungan terlarangn­ya dengan lelaki lain terbongkar, seorang wanita muda sanggup membuang bayi lelakinya yang bertali pusat di dalam raga sebuah motosikal di Kampung Hulu Melaka, di sini, kelmarin.

Namun tindakan wanita berusia 25 tahun yang masih bersuami itu dianggap sia-sia kerana membuang bayi malang berkenaan hanya di depan rumah jiran bersebelah­annya.

Ia sekali gus mengakibat­kan suspek kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan dan turut mengakui perbuatan keji itu.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terkejut apabila mendengar tangisan yang pada awalnya disangka haiwan dari luar rumah mereka kira-kira jam 7 pagi.

“Bagi mendapatka­n kepastian, mereka keluar dan terkejut melihat bayi lelaki masih bertali pusat di dalam raga motosikal.

“Tubuh bayi berkenaan dibaluti kain bercorak hitam kuning dan turut kelihatan pucat dipercayai akibat kesejukan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Kata sumber itu, bayi yang masih bernyawa itu dipercayai diletakkan dalam raga berkenaan beberapa jam sebelum ditemui.

“Bagi menyelamat­kan nyawanya, perkara itu kemudian segera dimaklumka­n kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Serendah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bhak Pai yang mengesahka­n kejadian itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

“Wanita terbabit mengaku ibu kepada bayi berkenaan dan tinggal bersama suaminya di kampung yang sama. Suspek dan bayi itu ditahan di wad hospital untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara polis menunggu laporan keputusan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA),” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian berikutan suspek ingin menyembuny­ikan kelahiran daripada suaminya kerana bayi itu hasil perkongsia­n dengan lelaki lain.

 ??  ??
 ??  ?? BAYI lelaki yang masih bertali pusat ditemui di dalam raga motosikal, kelmarin.
BAYI lelaki yang masih bertali pusat ditemui di dalam raga motosikal, kelmarin.
 ??  ??
 ?? Sumber ?? Tubuh bayi berkenaan dibaluti kain bercorak hitam kuning dan kelihatan pucat dipercayai kesejukan”
Sumber Tubuh bayi berkenaan dibaluti kain bercorak hitam kuning dan kelihatan pucat dipercayai kesejukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia