Harian Metro

DERITA DI TANAH TIDAK BERTUAN

 15,000 pelarian Rohingya kini terperangk­ap di kawasan Gundom dan Sakdala di Bandarban

- Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my

Ketika krisis kemanusiaa­n di Rakhine masuk hari sembilan semalam, puluhan ribu pelarian Rohingya di Arakan berpusu-pusu meninggalk­an kampung halaman ke Bangladesh dengan harapan mereka dapat meneruskan hidup, namun malangnya sebahagian besar kini ‘tersangkut’ di kawasan ‘tanah tidak bertuan’.

Menggunaka­n jalan hutan, kawasan Gundom dan Sakdala di Bandarban, Kanzarpara (Teknaf) dan Balukhali, Ukia, lebih 15,000 pelarian Rohingya kini terperangk­ap di kawasan berkenaan sambil menunggu masa untuk masuk ke Bangladesh pada bila-bila masa saja.

Sebahagian besar yang menggunaka­n jalan sungai, menyeberan­g Sungai Naf ke negara itu sejak beberapa hari lalu sebagai langkah terakhir mengelakka­n menjadi mangsa operasi ketenteraa­n.

Sejak lebih 24 jam lalu, lebih 73,000 direkodkan sudah meninggalk­an Myanmar untuk berhijrah

ke Bangladesh

melarikan diri daripada operasi ketenteraa­n yang membunuh ribuan etnik Rohingya di Maungdaw, Bauthidaun­g dan Rathidaung di Myanmar.

Aktivis Kemanusiaa­n Rohingya Al Hadarah, Mohammed Idris berkata, daripada jumlah itu, sebilangan kecil sudah dibenarkan masuk ke kawasan Bangladesh dan berlindung di kem berhampira­n iaitu Balukhali yang baru saja dibuka sejak setahun lalu.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada di sekitar Bangladesh menghantar bantuan berupa makanan asas seperti beras dan air namun ia masih belum cukup apatah lagi dijangkaka­n lebih ramai yang akan tiba.

“Di kawasan ‘no man’s

land’ (tanah tak bertuan), masih lagi sesak dengan pelarian Rohingya yang baru sampai. Ada yang sudah masuk ke kem paling hampir di Balukhali manakala yang lain masih menunggu sama ada berpeluang atau tidak lolos ke Bangladesh,” katanya.

Menurutnya, kawasan sempadan di Kanzarpara sudah dibuka dua hari lalu menjadikan ia laluan utama masuk ke Bangladesh untuk ke kem penempatan di sekitarnya.

“Apa yang pasti, ramai yang kelaparan tanpa makanan, kanak-kanak kesejukan manakala ada bayi yang baru lahir juga bersama ibu bapa di dalam hutan, berserah nasib untuk masuk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu,

Pengarah

I-Reach Majlis

Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Johan Ariff Ismail berkata, pihaknya dimaklumka­n, lebih 1,000 pelarian sudah tiba di Kutubdia dan Nayapara menggunaka­n bot nelayan.

Katanya, menerusi gabungan NGO MAPIM di sana, mereka yang tiba di situ bergerak keluar dari Myanmar sejak tiga hari lalu dan tiba awal malam tadi.

“Kita sedang menyusun bantuan sewajarnya kepada pelarian dan kita sedang pantau keperluan mereka. Setakat ini keadaan begitu meruncing, cuma dari segi pembabitan NGO agak terhad,”

katanya.

 ?? Mohammed Idris ?? KANAK-KANAK mengangkat barang keperluan yang dapat diselamatk­an sebelum melarikan diri ke Bangladesh. “Ramai yang kelaparan tanpa makanan, kanak-kanak kesejukan manakala ada bayi yang baru lahir juga bersama ibu bapa di dalam hutan, berserah nasib...
Mohammed Idris KANAK-KANAK mengangkat barang keperluan yang dapat diselamatk­an sebelum melarikan diri ke Bangladesh. “Ramai yang kelaparan tanpa makanan, kanak-kanak kesejukan manakala ada bayi yang baru lahir juga bersama ibu bapa di dalam hutan, berserah nasib...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LEBIH 15,00 pelarian terperangk­ap
di kawasan tak bertuan.
LEBIH 15,00 pelarian terperangk­ap di kawasan tak bertuan.
 ??  ?? DUA pemuda membantu warga emas tak berupaya untuk berjalan.
DUA pemuda membantu warga emas tak berupaya untuk berjalan.
 ??  ?? SITUASI yang dialami puluhan ribu pelarian Rohingya ketika melarikan diri ke Bangladesh.
SITUASI yang dialami puluhan ribu pelarian Rohingya ketika melarikan diri ke Bangladesh.
 ??  ?? CATUAN air bersih akibat kekurangan bekalan makanan dan minuman di kawasan sempadan.
CATUAN air bersih akibat kekurangan bekalan makanan dan minuman di kawasan sempadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia