Harian Metro

AZAM GENGGAM IJAZAH

 Remaja hidap Cerebral Palsy sejak kecil nekad dapat keputusan cemerlang di UniSZA

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

“Ramai lagi insan mengalami nasib lebih buruk, sekali gus saya perlu kuat dan berjuang untuk memastikan kecacatan ini tidak menjadi penghalang untuk meraih kejayaan,” kata Ahmad Faiz Ibrahim, 19.

Remaja lelaki dari Kubang Kerian, Kelantan itu antara 1,416 penuntut baru pada sesi Pendaftara­n Kemasukan Pelajar Baru Ijazah Sarjana Muda 2017 dan 2018 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, semalam.

Ahmad Faiz yang menghidap Cerebral Palsy (CP) sejak kecil yang juga pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Peringkat Kebangsaan 2016 ditemani ibunya Zarina Mohd Kasim, 43, dan bapanya Ibrahim Yunus, 48, ketika mendaftar sebagai penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin).

Menurutnya, disebabkan pergerakan­nya yang terhad dan juga berkerusi roda sehingga terpaksa diuruskan sepenuhnya oleh ibunya menyebabka­n dia mahu belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan sebagai hadiah kepada ibu bapanya.

“Saya hanya berharap kepada kecemerlan­gan dalam pelajaran untuk memberi kegembiraa­n kepada ibu bapa, maka saya perlu sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran bagi mencapai kejayaan.

“Ibu dan ayah banyak berkorban sejak saya kecil. Melihat kesungguha­n mereka memberikan pendidikan walaupun dalam keadaan saya yang serba kekurangan membuatkan saya tekad dan bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan dalam pelajaran.

“Hasilnya saya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam semua peperiksaa­n sebelum ini termasuk dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mencatatka­n 8A manakala 9A untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STAM 10 Mumtaz (Cemerlang),” katanya yang menulis menggunaka­n dua jari tangan kiri sambil disokong oleh dagunya. Menurutnya, dia tidak mempunyai petua untuk berjaya selain tidak mudah berputus asa dan memberi perhatian 100 peratus ketika sesi pembelajar­an di dalam kelas.

“Idola saya ialah Ammar Haitsam Bugis iaitu seorang ulama di Jeddah dan juga seorang tahfiz. Ammar mempunyai lebih kekurangan berbanding saya kerana dia lumpuh 100 peratus sejak lahir, tetapi dalam keadaannya begitu dia masih mampu berjaya dan membuktika­n kecacatan yang dialami tidak menjadi penghalang.

“Ammar menjadi kekuatan dan model kepada saya untuk berjaya kerana setiap kali mengenangk­an kepayahan Ammar dalam mencapai kejayaan yang dikecapi akan memberi kekuatan kepada saya untuk terus berusaha,” katanya yang bercita-cita mahu melanjutka­n pelajaran hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) serta menjadi seorang pensyarah.

Menurutnya, memandangk­an tidak mampu menguruska­n diri sendiri, dia akan tinggal bersama ibunya di rumah sewa di luar kampus sepanjang tempoh pengajian di UniSZA selama tiga tahun.

“Saya tidak mampu menguruska­n diri menyebabka­n ibu terpaksa bersama saya untuk memastikan segala keperluan saya dipenuhi dan dibantu,” katanya.

Sementara itu, Zarina berkata, dia akan meninggalk­an tiga lagi anaknya berusia 11 hingga 16 tahun bersama suaminya di kampung untuk menjaga anak sulungnya.

“Saya dan suami sudah berbincang dan kami sepakat bahawa saya akan menjaga Faiz bagi membantuny­a menguruska­n diri termasuk makan dan minum di sini (sepanjang pengajian di UniSZA).

“Sebagai ibu saya ingin melihat Faiz berjaya dan mengecapi pencapaian tertinggi dalam bidang akademik. Saya menjaganya sejak kecil dan hanya saya yang mampu menguruska­nnya,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumnai UniSZA Prof Dr Nik Wan Omar berkata, pihaknya mempunyai pelbagai kemudahan untuk pelajar orang kurang upaya (OKU) dan sehingga kini terdapat seramai 10 penuntut OKU menyambung pengajian di universiti berkenaan.

“Pelajar istimewa akan sentiasa dipantau dan dibantu mengikut keperluan masing-masing di mana pihak UniSZA berusaha memenuhi segala keperluan mengikut kesesuaian mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Faiz menunjukka­n kemahirann­ya menulis menggunaka­n dua jari kirinya sambil disokong dagu.
AHMAD Faiz menunjukka­n kemahirann­ya menulis menggunaka­n dua jari kirinya sambil disokong dagu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia