Harian Metro

DUA MAUT DREBAR KAKI DADAH

 Suspek di bawah pengaruh dadah langgar mati pasangan suami isteri bermotosik­al

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

“Perodua Viva itu dipandu secara tidak menentu ke kiri dan kanan sebelum merempuh motosikal di tempat kejadian,” kata Mohd Hamidi Mad Tap, 41, saksi kemalangan maut sepasang suami isteri di Kilometer 5, Jalan Bukit Pasir, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi, perjalanan Wahadi Jamos, 62, menghantar isterinya, Rokiah Jangi, 64, ke tempat kerja bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut di lokasi kejadian selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh Perodua Viva.

Mohd Hamidi berkata, kejadian itu dilihatnya ketika pulang ke rumahnya di Parit Ahmad, di sini.

Katanya, sebelum kejadian, dia yang memandu pacuan empat roda tidak sedap hati melihat kereta berkenaan dipandu melulu.

“Pemandu Perodua Viva di depan saya memandu secara melulu apabila dilihat membawa kenderaann­ya ke kiri dan kanan.

“Ketika itu, Toyota Vios dari arah bertentang­an sempat mengelak namun motosikal dinaiki lelaki dan wanita dirempuh pemandu berkenaan menyebabka­n kedua-duanya maut di lokasi kejadian,” katanya.

Anak mangsa, Rifah Wahadi, 37, di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini, berkata, kali terakhir dia bertemu ibu bapanya pada Aidiladha lalu.

“Kali terakhir kami makan bersama ialah pada hari raya Aidiladha, Jumaat lalu di kediaman ayah di Kampung Parit Lapis Bangas, Sri Medan.

“Ketika itu, pelbagai juadah raya kami nikmati bersama,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayah dan ibunya meninggal dunia serentak dan kali terakhir mereka berhubung melalui telefon malam kelmarin.

“Pada hari kejadian, ayah tidak bertugas sebagai tukang kebun di

Sekolah Menengah Sains

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT Wahadi dan isterinya Rokiah
selepas nahas sebelum dihantar ke
hospital.
MAYAT Wahadi dan isterinya Rokiah selepas nahas sebelum dihantar ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia