Harian Metro

Remy tak suka tayang foto tunang

-

Kuala Lumpur: Pelakon popular Remy Ishak mengambil pendekatan tidak mahu berkongsi foto bersama tunang di laman sosial kerana berasakan ia terlalu peribadi.

Remy berkata, tidak semua perkara dalam hidupnya perlu dikongsi untuk tatapan umum.

“Bukan semua manusia sama. Mungkin ada yang suka berkongsi gambar dengan pasangan di laman sosial. Malah, saya tidak menyalahka­n mereka kerana itu pilihan dan hak masing-masing.

“Bagi saya perkara sebegini amat privasi. Saya faham peminat ingin tahu, tetapi ini pendirian saya. Harap semua faham dan hormat.

“Lagi pun saya yang bergelar selebriti. Jadi biar saya seorang saja ke depan,” katanya.

Terdahulu Remy selamat bertunang dengan gadis pilihannya yang dikenali sebagai Ezza Yusof pada 30 April lalu.

Difahamkan Ezza yang berasal dari Mentakab, Pahang seorang ahli perniagaan.

Ditanya mengenai majlis perkahwina­n mereka, Remy menegaskan belum menetapkan tarikh.

“Perancanga­n sudah ada, tetapi tarikh belum ditetapkan. Buat masa sekarang saya sibuk dengan komitmen kerja. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Remy bakal muncul dengan filem Kau Takdirku pada 7 September ini.

Filem terbitan Primeworks Studio itu menampilka­n Remy, Ezzaty Abdullah dan Bront Palarae selaku watak utama.

“Filem ini mengisahka­n watak Kumar lakonan saya dalam diam menjalin hubungan cinta dengan Alya yang sudah berkahwin dengan rakannya, Harris.

“Jalan cerita filem ini sangat menarik dan ada kena mengena dengan realiti kehidupan sekarang. Bagi saya tema filem ini sesuai untuk tontonan zaman sekarang. Saya tak sabar menunggu maklum balas peminat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia