Harian Metro

BUAT KEK HARI JADI SAMA ISTERI

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 Bekas KPN rancang ikuti kelas memasak selepas mulakan kehidupan sebagai orang awam

Kuala Lumpur

“Bermula esok (Selasa) saya akan memulakan kehidupan sebagai orang awam dan perkara pertama yang ingin saya lakukan ialah menghasilk­an kek hari lahir bersama isteri, Puan Sri Imran Ibrahim,” kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-60 hari ini turut merancang untuk mengikuti kelas masakan di Institut Bakeri Malaysia (MIB) di Petaling Jaya, Selangor.

“Sepanjang 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), boleh dikatakan kehidupan saya bersama pasukan. Maka, selepas bersara, saya boleh meluangkan lebih banyak masa untuk diri sendiri seperti mengikuti kelas masakan dan bersama keluarga.

“Sudah tiba masanya untuk saya meninggalk­an pasukan...saya terima dengan hati terbuka kerana sepanjang perkhidmat­an ini, sudah memberikan yang terbaik dan tiada urusan yang belum selesai,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara (KPN) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Majlis serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa antara Khalid dengan Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang menggantik­an beliau sebagai

KPN disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad

Zahid Hamidi.

Turut dilaksanak­an pada majlis itu ialah penyerahan jawatan Pengerusi PERKAP Malaysia antara Puan Sri Imran Ibrahim dan Datin Seri Azizah Hamdi.

Pada 1976, Khalid memulakan kerjayanya dengan PDRM ketika berusia 19 tahun sebagai Kadet Inspektor dan pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan pada 2005.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Selangor pada Jun 2007.

Khalid kemudianny­a mengetuai Jabatan

 ??  ??
 ??  ?? KHALID melambai selepas bersalaman dengan Mohamad Fuzi (kanan) di Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.
KHALID melambai selepas bersalaman dengan Mohamad Fuzi (kanan) di Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia