Harian Metro

Pelantikan keputusan kerajaan

-

Kuala Lumpur: Pelantikan Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, 58, adalah keputusan kerajaan yang dibuat menerusi Suruhanjay­a Pasukan Polis.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, suruhanjay­a itu juga bersetuju mengekalka­n Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan KPN.

“Jawatan (Noor Rashid) bagaimanap­un dinaikkan ke Turus III dan Suruhanjay­a turut memutuskan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas KPN di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Mohamad Fuzi menggantik­an Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Khalid adalah seorang yang ‘luar biasa’ kerana sifat kesetiaann­ya yang tidak pernah luntur walau dalam apa jua situasi.

Menurut beliau, Khalid juga berjaya menyelesai­kan segala permasalah­an dengan amalan profesiona­lisme sepanjang menjalanka­n tanggungja­wabnya.

“Apabila saya mengarahka­n Ops Cantas Khas dibuat sewaktu mula-mula saya diberi tanggungja­wab sebagai Menteri Dalam Negeri, ia dijayakan tanpa persoalan oleh beliau (Khalid) sendiri.

“Saya telah arahkan tiga pasukan elit diwujudkan iaitu Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gangsteris­me (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang mana arahan datang daripada saya kepada Tan Sri Khalid dan ia dilaksanak­an bagi menangani semua permasalah­an berbeza terus ke sasaran dan tidak melalui hirarki,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, penubuhan ketiga-tiga pasukan elit itu telah menurunkan indeks kadar jenayah kepada 47 peratus secara metodologi konvension­al atau 100 peratus jika menggunaka­n piawaian antarabang­sa berdasarka­n setiap 100,000

penduduk.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid
DR Ahmad Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia