Harian Metro

Kereta masuk laluan bertentang­an

-

Batu Pahat: Tindakan lelaki memandu Perodua Viva di bawah pengaruh dadah hingga memasuki laluan bertentang­an menyebabka­n sepasang suami isteri menaiki motosikal maut dirempuh kereta terbabit di Kilometer 5, Jalan Bukit Pasir, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan itu mengakibat­kan penunggang motosikal Wahadi Jamos, 62, serta isterinya, Rokiah Jangi, 64, maut di lokasi kejadian.

“Saksi di tempat kejadian berkata pemandu Perodua Viva memandu laju dan tidak menentu ke kiri dan kanan. Dipercayai pemandu itu dipengaruh­i dadah.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa dari Tongkang Pechah dalam perjalanan ke bandar Batu Pahat dan apabila sampai di tempat kejadian, pemandu Perodua Viva dari arah bertentang­an memasuki laluan kanan jalan,” katanya.

Menurutnya, akibat perlanggar­an itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Perodua Viva tidak sedar diri dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk dirawat.

Beliau berkata, pemandu kereta itu melarikan diri sebaik tiba di hospital manakala penumpang wanita pula trauma dan khayal akibat dadah menerima rawatan pesakit luar. Batu Pahat dan mahu menghantar ibu yang bekerja sebagai tukang cuci di HSNI.

“Tidak sangka mereka maut dalam kemalangan dan selepas ini saya pasti rindukan suara ayah dan ibu yang hampir setiap hari datang ke rumah saya di Taman Bestari, Tongkang Pechah untuk berehat dan makan tengah hari,” katanya.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika kejadian itu berpunca akibat kecuaian pemandu terbabit.

 ??  ?? KEADAAN kereta Perodua Viva yang terbabit nahas.
KEADAAN kereta Perodua Viva yang terbabit nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia