Harian Metro

Lelaki hilang dalam hutan ketika berburu

-

Seorang lelaki dari Perkampung­an Orang Asli Lumut, Lenggeng, di sini, hilang selepas keluar memburu binatang di Hutan Ulu Beranang, di sini, sejak 29 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, Dol Katiau, 43, keluar dari rumahnya jam 8 pagi dan memasuki hutan berhampira­n.

Katanya, dia kali terakhir dilihat memakai kemeja-T, berseluar panjang dan membawa peralatan berburu seperti sumpit, pisau, lampu suluh dan beg sandang.

“Sejak pemergiann­ya, lelaki itu tidak pulang ke rumah sebelum kejadian dan disedari adiknya, Jali, 29, yang membuat laporan di Balai Polis Lenggeng, di sini, pada 23 Ogos lalu,” katanya.

Mohd Faisal berkata, bertindak atas laporan diterima, pihaknya menggerakk­an pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membabitka­n 33 anggota polis, bomba dan penduduk kampung.

“Sehingga kini lelaki itu gagal ditemui dan kehilangan­nya melebihi sebulan,” katanya mempercaya­i lelaki itu hilang dalam hutan.

Menurut Mohd Faisal, secara kebiasaan Dol memasuki hutan selama empat atau lima hari dan mendiami pondok dibinanya.

“Pihak polis difahamkan lelaki itu berpengeta­huan mengenai selok-belok hutan kerana pekerjaann­ya memburu binatang. Kehilangan­nya menjadi misteri,” katanya.

Katanya lagi, pasukan SAR dibahagika­n kepada tiga kumpulan dan pencarian diteruskan setiap hari.

 ??  ?? PASUKAN SAR yang ditubuhkan untuk mencari lelaki hilang di hutan.
PASUKAN SAR yang ditubuhkan untuk mencari lelaki hilang di hutan.
 ??  ?? DOL Katiau
DOL Katiau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia