Harian Metro

PESAN SASHA ELBRUS

-

Sampai ke puncak gunung penting tetapi lebih

penting adalah keselamata­n diri

“Gunung itu tidak akan berubah, ia tetap berada di situ dan apa yang penting, sebagai pendaki kita perlu tahu bila untuk terus melangkah dan bila untuk berhenti serta melepaskan semuanya.”

Itu sebahagian pesanan jurupandu arah gunung wanita, Alexandra Sach atau Sasha sepanjang seminggu menemani pasukan Kembara Srikandi Prihatin (KSP) di bumi Elbrus, Russia, baru-baru ini.

Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia dua tahun cukup dikenali di kawasan pergununga­n Caucasus itu kerana sudah lebih 200 kali menjejakka­n kaki ke puncak tertinggi Eropah itu bersama pelancong sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurut Sasha, melihat kepada cabaran yang perlu ditempuhi, tidak ramai yang sanggup mendaki gunung apatah lagi jika ia hanya membabitka­n sekumpulan wanita untuk menjayakan misi amal.

Katanya, inisiatif KSP membantu dan memberi inspirasi kepada wanita di Malaysia dengan cara tersendiri (mendaki gunung) wajar diberi pujian kerana tidak semua mahu menyahut cabaran berkenaan.

“Bukan semua yang mampu mendaki atau menakluk sesuatu gunung kerana ia bukan saja memerlukan ketahanan fizikal malah perlukan keazaman mental yang kuat.

“Tidak seperti aktiviti lain, kejayaan sebenar bagi setiap pendaki apabila mereka berjaya mendaki dan kemudian turun dengan selamat.

“Dalam hal ini, pendaki perlu tahu bila masa untuk meneruskan pendakian dan bila waktu untuk berhenti kerana jika diteruskan, akan membebanka­n ahli pasukan yang lain sekiranya kejadian lebih buruk berlaku,” katanya.

Apa yang diperkatak­an Sasha itu ada benarnya kerana penulis sendiri berdepan situasi sama sewaktu mendaki Gunung Elbrus sehingga tahap ketinggian 5,000

 ??  ?? UMMU Farah (kiri) wakil tunggal KSP mengibarka­n Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus.
UMMU Farah (kiri) wakil tunggal KSP mengibarka­n Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia