Harian Metro

Maut ditendang lembu korban

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

 Lelaki mengadu sesak nafas sebelum temui ajal

“Hanya arwah ayah saja boleh menguruska­n lembunya itu namun saya tidak sangka dia pergi buat selama-lamanya akibat ditendang haiwan peliharaan­nya,” kata Siti Hajar, 36, anak kepada mangsa yang meninggal dunia selepas ditendang lembu korban di perut dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa Kamarudin Mamat, 65, meninggal dunia selepas ditendang lembu ketika majlis korban di Kampung Dusun Durian, Seri Mahligai, di sini.

Menceritak­an semula kejadian, Siti Hajar berkata, sebelum itu arwah bapanya bersama beberapa penduduk kampung yang mengikuti ibadat korban merebahkan lembu terbabit.

“Tiba-tiba, salah satu tali yang mengikat kaki belakang lembu terlucut dan haiwan itu menendang di perut arwah ayah yang ketika itu berada di belakang.

“Akibat ditendang, ayah terjatuh dan dalam keadaan lemah dia kemudian dipapah oleh orang ramai ke rumah namun masih sedarkan diri,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas itu bapanya mengadu sesak nafas sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Dabong, di sini, untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Bagaimanap­un, ketika dalam perjalanan ke hospital, keadaan ayah semakin lemah sebelum menghembus­kan nafas terakhir pada jam 11 pagi (Jumaat). “Hasil pemeriksaa­n oleh pegawai perubatan mengesahka­n arwah ayah meninggal dunia disebabkan kecederaan dalaman di bahagian dada,” katanya.

Katanya, walaupun menghadapi kejadian tidak diingini, namun program ibadah korban berkenaan tetap dijalankan kerana ia adalah kewajipan.

 ??  ?? KAMARUDIN
KAMARUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia