Harian Metro

‘UBAT BUNUH BAPA’

-

 Budak lapan tahun cerita pengalaman jadi anak yatim sejak dua tahun lalu

dalam masa tiga hari, wartawan sempat bertanyaka­n soalan kepada kanak-kanak malang ini.

Perbualan dengan kanak-kanak yang boleh berbahasa Inggeris itu bermula sebaik dia meminta wartawan untuk mengambil gambarnya selepas melihat juruvideo, Fuad Zamir mengambil gambar ibadat korban dijalankan pihak Muslim Care.

Menurut Abdul Rahman, bapanya yang bekerja sebagai pengembala kambing itu dipercayai pergi ke klinik swasta di bandar Khartoum selepas diserang penyakit demam panas.

Katanya, doktor merawat bapanya dipercayai memberikan suntikan ubat untuk menurunkan demam panas itu namun dia mendakwa enam jam selepas pulang dari klinik bapanya semakin menggigil sebelum menghembus­kan nafas terakhir.

“Umi yang memberitah­u ubat dari klinik berkenaan menyebabka­n bapa mati dan saya ketika itu tidak tahu sangat kerana baru berusia enam tahun, kini kami tiga beradik terpaksa bergantung hidup dengan umi.

“Disebabkan itu, saya dan semua ahli keluarga tidak percayakan ubat dari klinik lagi,” katanya.

Wartawan pada mulanya meragui kenyataan kanak-kanak itu memandangk­an usianya baru lapan tahun dan cuba meminta ke rumahnya bagi menemui ibunya namun menurut kanak-kanak itu jarak rumahnya agak ke dalam dengan jarak masa berjalan setengah jam.

Masa yang suntuk menyebabka­n hajat ke rumah kanak itu tidak kesampaian namun wartawan sempat bertanyaka­n kisah keluarga kanak-kanak itu daripada penduduk kampung di lokasi ibadat korban itu dijalankan.

Jelas apa yang diceritaka­n kanak-kanak itu benar, ia diakui seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Othman yang memberitah­u bapa kanak-kanak itu meninggal dunia dipercayai akibat kesilapan ubat diberikan doktor.

Katanya, bapa kanak-kanak itu diserang demam panas dan doktor dipercayai memberi suntikan ubat yang salah sehingga menyebabka­n suhu badan bapa kanak-kanak itu meningkat sebelum menghembus­kan nafas terakhirny­a di rumah.

“Tiada tindakan diambil keluarga kanak-kanak itu terhadap klinik berkenaan kerana keluarga itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman memberitah­u dia datang ke kawasan itu bersama rakan untuk melihat penyembeli­han lembu kerana sejak kecil lagi dia dibawa ke kawasan itu oleh arwah bapanya pada setiap Aidiladha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia