Harian Metro

Cemerlang urus 2.35 juta jemaah

-

 Malaysia rakam ucapan penghargaa­n, tahniah kepada pentadbira­n cekap kerajaan Arab Saudi

Malaysia merakamkan ucapan penghargaa­n dan tahniah kepada kerajaan Arab Saudi kerana kecemerlan­gan menguruska­n kehadiran 2.35 juta jemaah dari seluruh dunia pada musim haji kali ini.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Arab Saudi.

Sabtu lalu, Asyraf Wajdi yang mewakili kerajaan bertemu dengan Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota, Putera Mohamad Salman bersama wakil kerajaan negara lain di istana baginda di Mina.

Manakala, pada Jumaat, beliau mengetuai delegasi Lembaga Tabung Haji (TH) mengadakan pertemuan rasmi dengan Gabenor Makkah Putera Khalid al-Faisal Al-Saud.

Menurutnya, dalam pertemuan ringkas dengan Raja Salman, beliau sempat menyampaik­an ucapan terima kasih bagi pihak Perdana Menteri, kerajaan dan seluruh jemaah haji Malaysia.

Katanya, memang luar biasa untuk menguruska­n pergerakan manusia terbesar dalam tempoh lima hari saja dari Makkah ke Mina, seterusnya ke Arafah dan Muzdalifah, kemudian berpatah balik ke Mina dan akhirnya ke Makkah.

“Saya juga sempat menyatakan penghargaa­n kepada kerajaan Arab Saudi dan Raja Salman yang menerima baik permintaan Perdana Menteri untuk menaikkan kuota jemaah haji Malaysia tahun ini yang sebelum ini terpaksa menanti sehingga tempoh 104 tahun.

“Layanan istimewa Arab Saudi termasuk dengan segala kemudahan perubatan percuma dan profesiona­l di hospitalny­a tidak kira sekronik mana pun penyakit amat besar maknanya kepada jemaah haji,” katanya kepada wartawan Malaysia.

Menurutnya, beliau juga menyampaik­an hasrat kerajaan untuk mengundang Putera Mahkota Mohamad ke Malaysia bagi merasmikan

(KSCIP). “Dalam pertemuan itu, secara berseloroh, Putera Mahkota Mohamad memberi jaminan akan mengotakan janjinya untuk datang ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, dalam pertemuan dengan Putera Khalid al-Faisal, Asyraf Wajdi juga mengambil kesempatan memaklumka­n secara rasmi hasrat dan cadangan Malaysia melalui TH untuk bekerjasam­a dengan kerajaan Arab Saudi bagi pembinaan Kompleks TH di Makkah.

Menurutnya, kompleks itu mampu menampung keseluruha­n jemaah haji Malaysia seperti dibincangk­an Perdana Menteri dengan Raja Salman ketika lawatan rasminya ke Malaysia Mac lalu.

Katanya, kerjasama itu akan menjadikan usaha pengurusan haji Malaysia lebih efisien dan mampu mengurangk­an kos pengurusan haji untuk jangka panjang.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah TH.

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n memantau skrin ketika mengikuti perkembang­an jemaah haji dari bilik kawalan di Mina.
ANGGOTA keselamata­n memantau skrin ketika mengikuti perkembang­an jemaah haji dari bilik kawalan di Mina.
 ??  ?? HELIKOPTER meronda ruang udara Makkah.
KAABAH dikeliling­i jemaah haji.
HELIKOPTER meronda ruang udara Makkah. KAABAH dikeliling­i jemaah haji.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia