Harian Metro

Bencana api dapur

- Safuri Kamarudin am@hmetro.com.my

Seorang lelaki melecur teruk di badan, manakala isterinya hanya melecur di tangan kanan selepas disambar api dalam kebakaran tujuh rumah kedai dan dua rumah di Kampung Kelian Dalam, Siong, di sini, semalam.

Nazri Ismail, 40, yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sementara isterinya Salawati Romli, 39, yang melecur ringan di tangan menerima rawatan di Hospital Baling.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, dua kedai makan, tiga kedai runcit, kedai perkakasan dan kedai menjual barangan RM2 serta dua rumah membabitka­n 50 penghuni musnah 90 peratus dalam kebakaran itu.

Difahamkan, kebakaran bermula di rumah kedai Nazri yang menjual roti canai bangun untuk memasak namun ketika cuba menyalakan dapur beberapa kali tiba-tiba api menyambar menyebabka­n ia merebak pantas.

Adik Salawati, Mustakim Romli, 20, berkata, dalam kejadian itu abang ipar dan kakak melecur ketika menyelamat­kan anak mereka dan kereta.

“Ketika saya sampai di tempat kejadian, saya lihat abang ipar cuba masuk rumahnya yang terbakar untuk mengambil kunci kereta menyebabka­n dia melecur di bahagian kiri dan kanan badannya selain paru-paru dimasuki asap.

“Nasib baik sebelum itu mereka sempat menyelamat­kan empat anak yang ketika itu sedang tidur,” katanya.

Katanya, abang iparnya mahu mengambil kunci bagi mengalihka­n kenderaan yang diparkir di hadapan rumah kedai itu kerana dibimbangi meletup.

Peniaga kedai runcit, Mohd Fadzil Md Jaeh, 50, berkata, dia terkejut apabila dimaklumka­n kedai runcit terbakar lalu bergegas ke kedai dan mendapati api marak dan tidak mampu menyelamat­kan apa-apa selain terdengar bunyi letupan gas kuat di dalam kedai.

“Pada mulanya saya sangka kedai saya saja terbakar rupa-rupanya deretan kedai di situ turut hangus.

“Saya risau api datang dari kedai saya tetapi dimaklumka­n berpunca dari kedai makan di hujung deretan,” katanya.

“Saya sedih kerana mangsa tercedera dan dihantar ke HSB) Alor Setar manakala isterinya dirawat di Hospital Baling.

“Semua barang tidak dapat diselamatk­an kerana api marak cepat malah struktur bangunan atas diperbuat daripada kayu,” katanya.

Katanya, dia tidak tinggal di kedainya dan pulang ke rumah selepas jam 10 malam.

Sementara itu, pemilik kedai perkakasan, Harun Hamzah, 53, berkata, api marak cepat sehingga tidak sempat untuk menyelamat

 Sembilan premis terbakar ketika mahu masak roti canai

apa-apa barangan.

“Saya reda dengan musibah ini, tetapi sedih apabila jiran saya cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Riduan Abd Malek berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.11 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dihantar ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

“Seramai 26 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, BBP Pangkalan Hulu, BBP Kulim , Sahabat Bomba Baling dan Sukarelawa­n Belia 4B membantu memadam kebakaran,” katanya.

Pegawai Daerah, Md Shuhaimi Abd Rahman, berkata, bantuan awal bencana disumbangk­an kepada mangsa terbabit.

“Pejabat Daerah dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengedarka­n kit bantuan bencana, RM500 hingga RM1,000 serta bantuan makanan selama tiga hari kepada semua mangsa kebakaran,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran yang menyebabka­n sembilan premis musnah di pekan Kampung Bandar, dekat Siong, Baling.
ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran yang menyebabka­n sembilan premis musnah di pekan Kampung Bandar, dekat Siong, Baling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia