Harian Metro

Seminar khas digital buka mata usahawan atas talian

-

Seminar khas digital atau pengiklana­n dalam talian untuk industri kecil dan sederhana serta agensi kerajaan dan swasta anjuran Bahagian Pengiklana­n Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) Berhad mendapat sambutan hebat pelanggan setia akhbar itu.

Selain seminar, program itu turut mempromosi akhbar e-paper produk NSTP iaitu Harian Metro (HM), BH dan New Straits Times (NST).

Pengurus Besar Pengiklana­n NSTP Jeannie Leong berkata, 60 pelanggan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) menghadiri program berkenaan.

“Ramai bertanya apa kelebihan pengiklana­n digital dan kebanyakan peserta menyatakan program ini bagus dan mereka mendapat lebih banyak maklumat mengenai pengiklana­n digital atau atas talian. Mereka juga tertarik dengan produk yang kami promosikan.

“Kami tak jangka ramai peserta kerana hari ini cuti umum namun jumlah itu sangat menggalakk­an walaupun pada mulanya 80 yang bersetuju hadir. Namun, kami faham hari ini cuti umum dan mungkin mereka ada program lain,” katanya di sini, semalam.

Antara yang hadir termasuk wakil Lembaga Pelanconga­n Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kumpulan Yayasan Sabah, Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB), Kumpulan Perbadanan Labuan selain usahawan IKS.

Sementara itu, usahawan IKS, Nanie Rayman, 39, yang terbabit dalam perniagaan kosmetik, berkata, dia tertarik mengiklank­an produknya secara digital selepas mendengar penerangan mengenai pengiklana­n atas talian.

“Bagi usahawan IKS seperti saya dan beberapa rakan lain, iklan menerusi digital lebih cepat sekali gus mudah sampai kepada pelanggan kami,” katanya.

 ??  ?? NANIE (kiri) ketika hadir ke Seminar Khas Digital atau Pengiklana­n Dalam Talian di Kota Kinabalu, semalam.
NANIE (kiri) ketika hadir ke Seminar Khas Digital atau Pengiklana­n Dalam Talian di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia