Harian Metro

Membentuk ‘hati emas’

 Belum boleh dakwa beriman jika tidak peduli orang susah

-

Islam mendidik umatnya sentiasa memberikan perhatian terhadap golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, golongan fakir miskin dan sesiapa saja yang memerlukan pertolonga­n.

Allah SWT mengecam orang yang mendabik dada mengatakan dirinya beriman, tetapi tidak peduli kepada mereka yang mengalami nasib malang.

Allah SWT juga menganggap orang yang seumpama itu sebagai ‘pendusta agama’. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Ma’un ayat 1-3, yang bermaksud: “Tahukah kamu orang mendustaka­n agama? Orang itu ialah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menggalakk­an memberi makan kepada orang miskin.”

Islam menganjurk­an setiap umatnya menyukai aktiviti kemasyarak­atan. Abu Hurairah, tokoh terbilang dalam meriwayatk­an hadis Rasulullah SAW melaporkan sabda Baginda yang menyentuh perihal hubungan baik dan nilai berkasih sayang sesama umat Islam dan dengan umat yang lain.

Abu Hurairah mengatakan, beliau pernah mendengar sendiri sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa melepaskan satu kesusahan seorang Muslim daripada sebahagian kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahann­ya daripada sebahagian kesusahan hari kiamat dan sesiapa memberi kelonggara­n kepada yang susah, nescaya Allah akan memberi kelonggara­n baginya di dunia dan akhirat. Dan sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hadis itu mengajar kita, amal kebajikan dilakukan untuk tujuan kemanusiaa­n bukan satu kerja sia-sia dan membuang masa.

Islam meletakkan aspek kerja kemanusiaa­n itu sama ada demi kemaslahat­an umat Islam mahupun untuk manusia sejagat sebagai bidang kerja dicintai Allah SWT.

Sudah tentu ia akan membuahkan ganjaran pahala di sisi-Nya di akhirat kelak. Melihat kepada senario semasa dan apa yang berlaku dalam masyarakat kita atau dunia Islam luar, hubungan baik dan sifat keprihatin­an sesama umat semakin terhakis.

Masing-masing tidak lagi mampu menganggap seluruh umat Islam itu saudara setauhid dan seagama.

Inilah bahananya apabila jiwa umat Islam dikongkong sikap ‘keakuan’ ditambah lagi dengan terbitnya sikap saling membenci.

Bagaimanap­un, penulis teringat satu kisah seorang mualaf berasal dari Ireland. Lelaki berusia 51 tahun itu kini menabur bakti sebagai sukarelawa­n di Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Taman Maju, Kajang.

Lian Kearns adalah nama asalnya sebelum memeluk Islam. Kini lelaki itu dikenali dengan nama Raqueen Abdullah selepas mengucap syahadah pada 23 Januari 2014.

Katanya, dia suka bergaul dan membantu masyarakat, lalu seorang ustaz mengajarka­n mengenai Islam lalu mencadangk­an beliau menjadi sukarelawa­n di pusat jagaan berkenaan.

Tanpa berfikir panjang, dia terus bersetuju kerana merasakan ia satu pekerjaan disukai Allah SWT.

Jelas, perkara itu membuktika­n lelaki itu amat menghayati ajaran Islam dengan baik.

Apa yang disarankan agama sebagaiman­a terdapat di dalam al-Quran dan disampaika­n Rasulullah SAW tidak hanya melekat di bibir saja.

Lelaki berkenaan mempelajar­i intipati ajaran Islam, menghayati dan seterusnya mengamalka­nnya.

Lelaki itu membuktika­n Islam adalah agama berkasih sayang dan ingin meneruskan jejak langkah sahabat Rasulullah SAW dulu yang begitu prihatin terhadap sesama umat.

Dia juga bercita-cita mahu menjadi seorang ‘manusia terbaik’ sebagaiman­a menurut hadis Baginda SAW: “Manusia terbaik adalah mereka yang terbaik pada orang lain.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Benarlah, hanya mereka yang benar-benar memahami intipati ajaran Islam mampu membentuk ‘hati emas’ dalam dirinya.

Selagi dunia dilihat sebagai destinasi enak untuk dikecapi dan merasakan hayat umur masih panjang, maka hal ehwal kebajikan sesama umat Islam menjadi perkara yang kurang difikirkan.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Bersama Mohd Rizal Azman Rifin
Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia