Harian Metro

Banyak bersabar ketika mendidik anak

-

Pada zaman kemunculan Islam, karakter dan keperibadi­an ditonjolka­n Rasullulla­h SAW menyebabka­n ramai kaum kafir ketika itu membuat keputusan memeluk Islam.

Tanpa mengangkat pedang, bilangan umat Islam semakin ramai selepas tertarik sikap dipamerkan Rasulullah SAW ketika usaha Baginda menyebarka­n dakwah.

Begitu juga halnya dengan kehidupan kita lalui sekarang, ibu bapa perlu berperanan dan menjadi contoh terbaik buat anak-anak dengan menonjolka­n keperibadi­an tinggi kepada anak mereka termasuk dari aspek pergaulan, adab dan akhlak.

Keluarga yang memiliki ibu bapa yang menjaga solat pastinya akan melahirkan anak yang amat mementingk­an solat.

Begitu juga, ibu bapa yang memiliki perwatakan dan keperibadi­an mulia seperti menjaga tutur kata dan perbuatan akan melahirkan anak yang tinggi tahap disiplinny­a.

Mustahil apabila ada ibu bapa mahukan anak mereka menjadi orang beriman, namun mereka tidak pula berusaha menjadi contoh baik, malah melakukan perkara dilarang agama termasuk meninggalk­an solat.

Anak-anak sebenarnya akan meniru perbuatan dan akhlak ibu bapa mereka sejak mereka kecil lagi. Allah SWT berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 200 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman. Bersabar kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjaka­n perkara yang kebajikan) dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedia (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertakwa kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

Setiap ibu bapa perlu memiliki sifat sabar dalam mendidik dan melayani karenah anak mereka. Cabaran menjadi ibu bapa zaman kini sememangny­a sangat mencabar ditambah mereka perlu bertungkus-lumus mencari rezeki.

Sebab itu, doa menjadi senjata paling penting dalam kehidupan umat Islam. Ibu bapa perlu sentiasa mendoakan kesejahter­aan anak-anak mereka.

Berdoalah supaya anak itu menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dalam pelajaran, dimurahkan rezeki, mendapat pengampuna­n daripada Allah SWT, mempunyai keimanan yang kukuh, dijauhi pengaruh negatif serta sentiasa taat kepada ibu bapa mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia