Harian Metro

Pasangan kembar seiras tak sabar mula pengajian

-

Bukan saja dapat melanjutka­n pengajian ke universiti sama, malah pasangan kembar seiras ini tidak sabar memulakan pengajian dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia yang dipilih mereka.

Pasangan Nurul Nadiah Abdul Halim dan Nurul Najwa tidak pernah berpisah sejak kecil dan bersyukur apabila ditawarkan jurusan itu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, di sini.

Mereka yang berusia 21 tahun bukan saja tidak pernah berjauhan, malah sebelum ini turut bersama-sama menuntut dalam jurusan Pengurusan Teknologi ketika mengambil diploma di UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur selama tiga tahun.

Nurul Nadiah berkata, mereka bersyukur apabila ditawarkan jurusan dan tempat pengajian yang sama membolehka­n mereka terus belajar bersama, sekali gus berusaha mencapai cita-cita diimpikan.

“Walaupun kali ini kami tidak mendapat bilik kediaman yang sama, tetapi masih bersebelah­an memudahkan saya menjaga adik (Nurul Najwa) dan senang untuk kami berjumpa.

“Apabila ditawarkan tempat pengajian yang sama seperti ini, kami ada kelebihan tersendiri kerana tidak perlu takut untuk mencari kawan dan tidak gementar walaupun di tempat baru kerana apa-apa kami akan bersama,” katanya yang menetap di Bangi, Selangor.

Pasangan kembar itu antara 4,012 penuntut peringkat sarjana muda yang mendaftark­an diri di UTM bagi sesi 2017/2018, semalam.

Menurut Nurul Nadiah, biarpun masing-masing sudah semakin dewasa, dia dan adiknya tetap tidak mahu berpisah atau berjauhan menyebabka­n ketika mengisi borang permohonan untuk kemasukan universiti, mereka membuat semua pilihan universiti dan jurusan yang sama.

“Sebenarnya ia mudah bagi kami untuk berbincang tentang pelajaran, tambahan pula kami jarang bergaduh,” katanya yang ditempatka­n di Kolej 9-10, UTM.

Selain berharap dapat mencapai cita-cita dalam bidang sumber manusia, anak kelima dan keenam daripada enam beradik itu turut berharap dapat memperoleh Anugerah Dekan bagi setiap semester pengajian di universiti itu. Sementara itu, Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata, seramai 6,101 penuntut ditawarkan untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana muda dan pasca siswazah.

“Ia membabitka­n 4,012 penuntut sarjana muda dengan pecahan 3,612 penuntut tempatan manakala baki 400 lagi antarabang­sa.

“Bagi pascasiswa­zah, 1,235 penuntut membabitka­n 1,015 penuntut tempatan dan 220 antarabang­sa ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana manakala 854 lagi ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kolej Rahman Putra, UTM bagi meninjau suasana hari pendaftara­n, semalam.

 ??  ?? NURUL Nadiah (kiri)
dan Nurul Najwa menunjukka­n surat tawaran ketika tiba pada hari pertama pendaftara­n pelajar baru di Kolej 9, UTM
Skudai, semalam.
NURUL Nadiah (kiri) dan Nurul Najwa menunjukka­n surat tawaran ketika tiba pada hari pertama pendaftara­n pelajar baru di Kolej 9, UTM Skudai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia